Ahad, 6 Disember 2009

Masjid Uthmani - JUALAN LOT dan WAKAF



RM 50 = 1/2 KAKI


atau

RM 100 = 1 KAKI PERSEGI

Syukur dengan segala nikmat anugerah dan kurniaan Allah S.W.T. Selawat dan salam keatas "afdalul makhluqat" Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat yang bersamanya memperjuangkan Risalah Islam.


Saya ingin memaklumkan berita gembira untuk kaum mislimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang sedang mencari keredhaanNya.

Sukacita saya maklumkan bahawa pada bulan Muharram 1431 nanti akan dilancarkan JUALAN LOT untuk dana pembinaan Masjid Uthmani.

Plan tapak Masjid Uthmani seluas 7000 kaki persegi. Lot akan dijual dengan harga RM 50 bagi 1/2 [ setengah ] kaki persegi atau RM 100 bagi 1 kaki persegi.

Diharap saudara seaqidah seperjuangan, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat mangambil kesempatan untuk "dana akhirat" InsyaAllah.

Rabu, 18 November 2009

Khamis, 12 November 2009

FASA PERTAMA pembinaan MU -sumbangan sangat di perlukan

FASA PERTAMA, pembinaan tapak MASJID UTHMANI

Di mulakan pada 22/12/2007

[ kelihatan dibelakang; bangunan SMU. Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam ]

Pembinaan asas yang telah di mulakan.... ikatan bata 'ikat 9' setinggi 2 kaki [ istilah pembinaan orang Kelantan...binaan bata "ikat 9"]

Pembinaan yang tergendala ini memerlukan sumbangan dari orang ramai / para dermawan. Sampaikah maklumat ini kepada orang ramai. Saya percaya ramai penderma di bumi bertuah Malaysia ini.

Tapak Masjid Uthmani, berhampiran dengan "SMU Darul Ulum Al- Muhammadiah" dibawah Yayasan Islam Kelantan ..antara 20 buah sekolah yang mendapat bantuan Kerajaan Pusat [ SABK ]

Khamis, 8 Oktober 2009

RAYUAN SUMBANGAN DI JALAN ALLAH

SURAT TERBUKA
Untuk "B a n i U t h m a n" diseluruh tanah air Malaysia tercinta.

Assalamu 'alaikum warahmatul Lahi wabarakatuh



Moga-moga semuanya berada dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia bersama keluarga serta perjuangan hidup didunia yang sementara ini.


Saya, FIKRI BIN AWANG anak kepada Allahyarhamah Hajjah Che Jah, cucu Tok Teh Awang dan cicit Tok Ayah Osman.....samada yang mengenali saya atau sebaliknya, ....juga kepada anak cucu cicit Tok Ayah Osman yang saya kenali atau tidak.....saya bersyukur kerana dapat berhubung dilaman ini dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. dalam hidup didunia ini sebagai bekal dihari pertemuan dengan NYA suatu hari nanti.


Samada kita sedar atau tidak, Tok Ayah Osman mempunyai anak yang bernama Awang, Daud dan Lijah. Kesemuanya telah meninggal dunia dan dikebumi di tanah perkuburan Kampung Kolam.


Awang (Tok Teh Awang) mempunyai 2 orang anak iaitu Hajjah Che Jah (ibu saya) dan Muhammad. Ibu saya telah meninggal dunia pada 21 November 2007 dan Muhammad masih ada dan menetap di Kampung Kolam.


Haji Daud (saya panggilnya Ayah Haji) mempunyai anak seramai 5 orang (3 lelaki dan 2 perempuan -)


Lijah mempunyai 2 anak lelaki. Lijah yang paling awal meninggal dunia.


Kesemua nama-nama yang disebut mempunyai anak dan cucu yang boleh dinamakan "Bani Uthman".


Saya mempunyai pandangan bahawa kesemua anak cucu Tok Ayah Osman perlu mengetahui bahawa saya sedang membina masjid diatas sebahagian tanah peninggalan Tok Ayah Osman kita.


Berdasarkan maklumat dan kefahaman ini saya yakin bahawa anak cucu cicit Tok Ayah Osman akan berusaha untuk berbuat kebajikan diatas tanah tok nenek kita ini. Kalian juga boleh niatkan sumbangan untuk sesiapa saja yang telah meninggal dunia sebagai tanda ingatan dan ihsan kita kepada mereka yang telah meninggalkan kita di dunia ini.


Dengan sedikit gambaran yang diberikan ini akan menjadi sebab untuk kita semua berkebajikan dan untuk kenal mengenali dengan lebih erat lagi. Moga-moga kalian boleh membantu


Dengan kurniaan dan anugerah Allah kepada kita semua, kita bersatu bersefahaman dan berkebajikan yang menjadi harapan tok nenek moyang kita ditanah peninggalan mereka ini.


Kita jumpa lain kali dan diatas sumbangan kalian semua saya hanya dapat ucapkan "Hanya Allah Yang Maha Membalas dengan sebaik-baik balasan kepada kalian semua"


Sekian

10:40 pagi - Jumaat - 9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430.


Isnin, 5 Oktober 2009

SUMBANGAN DIPERLUKAN

SURAT TERBUKA
U n t u k P a r a S a h a b a t K u Y a n g D i K a s i h i ...diseluruh negara Malaysia tercinta

Assalmu 'alaikum warahmatul Lahi wa barakatuh

Moga-moga sahabatku semua berada dalam keadaan yang menggembirakan, tenang dan bahagia bersama keluarga tercinta serta penghayatan perjuangan hidup ini.
Saya, FIKRI sebagaimana yang sahabatku sekelian kenali bersyukur kerana dapat bersua dalam laman ini dengan tujuan untuk sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t.
Setelah pulang ke tanah air dari pengajian di Mekah pada akhir 1999, maka pada akhir tahun 2007 mengasaskan MASJID UTHMANI di kampung saya, Kampung Kolam.
Sekarang saya sedang berikhtiar untuk meneruskan pembinaan masjid ini. Sekarang terdapat 2 institusi pengajian ditanah bersebelahan tapak masjid. Ringkasnya, murid-murid di pusat pengajian tersebut akan mengimarahkan masjid ini.
Rasanya tidak perlu saya sebut disini apa program seterusnya dalam hubungan untuk mengimarah masjid ini. Cuma secara umum saya katakan bahawa saya akan mendidik anak bangsa seagama saya di kampung ini selaku saya sebagai anak jati Kampung Kolam.
Besarlah harapan saya agar sahabat-sahabat yang di kasihi dapat membantu saya membina masjid ini. Pandangan dan buah fikiran juga saya nantikan untuk melicin dan memudahkan urusan yang besar ini.
Kalau sahabat-sahabat dapat membantu kadar yang mampu sedikit seorang dari kurniaan Allah s.w.t. tentunya akan terkumpul jumlah RM yang diharapkan.
Untuk FASA KEDUA yang memerlukan RM 30 ribu ini saya namakan "DANA SAHABAT" untuk membina tiang 20 batang, tambahan tapak setinggi 2 kaki dan struktur asas bahagian atas binaan masjid.
Harap-harap mendapat perhatian dan segala jasa baik, bantuan dan buah fikiran terlebih dahulu saya ucapkan "Moga-moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan atas jasa baik saudara sahabatku sekelian"
Sekian
Akhukum Fil Lah......
FIKRI al-Kulami
8 pagi - Jumaat - 9 Okt, 2009.


Masjid Kamil Hasan, Salor yang menjadi contoh pelan MASJID UTHMANI dengan sedikit pengubahsuaian serta penambahan di ruangan kiri, kanan sebanyak 4 bilik dan 2 menara dibahagian depan dan belakang masjid




PELAN PEMBINAAN MASJID UTHMANI, KG KOLAM.


pandangan dari sebelah kiri / kanan

pandangan dari belakang


pandangan dari bumbung



bahagian dalam

Isnin, 10 Ogos 2009

Masjid Uthmani Kampung Kolam

MUQADDIMAH

MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM
Suatu Penjelasan dan Gambaran Umum

Latar belakang
MASJID adalah suatu institusi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Ia adalah "rumah ALLAH". Pembinaan sesebuah masjid di suatu tempat ada asas, sejarah dan latar belakang serta matlamatnya yang tersendiri.
Matlamat
Matlamat pembinaannya tidak lain melainkan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Tentunya untuk kebaikan dan kebajikan kepada umat dan agama yang dicintai

Jiwa Orang Beriman
Orang beriman adalah mereka yang cintakan kebajikan dan akhirat yang tentunya merasa gembira dan bersyukur jika dirinya termasuk dalam golongan ahli masjid, "ahli "rumah ALLAH". Walaupun kedudukan sebagai ahli masjid itu berbeza mengikut keadaan dan persekitaran masing-masing, jiwa orang beriman gembira jika dirinya juga termasuk dalam golongan mereka yang hatinya terikat dengan masjid. Apatah lagi juka dapat menyumbang pembinaan sesebuah masjid ketika hayatnya di dunia ini.

Dasar Sandaran dan Pegangan
Ahli masjid dalam skop yang luas diharapkan termasuklah kita ini dalam golongan yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam al-Quraan yang bermaksud,"
Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut yang lain kecuali Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk" [ At-Taubah (9), ayat 18 ]

Lokasi Geografi
Kampung Kolam, sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Kolam, Daerah Mahligai, Jajahan Bachok, yang bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh disebelah Tenggara dan Kota Bharu disebelah Barat

Lokasi Berasaskan Sempadan Pilihan raya
Mengikut persempadanan pilihan raya, Kampung Kolam berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jelawat dan kawasan Parlimen Bachok.

Lokasi Berkaitan Persekitaran
Kampung Kolam terletak 5 kolometer dari Pekan Melor dan 5 kilometer dari Pekan Selising. Pekan Melor terletak dalam Jajahan Kota Bharu manakala Pekan Selising pula terletak dalam Jajahan Pasir Puteh. Kedua-dua pekan ini berada di jalan utama dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Diantara Pekan Melor dan Pekan Selising, terdapat Kampung Pak Badul. Untuk ke Kampung Kolam perlu mengenal pasti Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badul (SMKPB) yang terletak disebelah kanan dari Kota Bharu ke Pasir Puteh. Bersetentangan dengan SMKPB [ disebelah kiri jalan dari Kota Bharu menuju ke Pasir Puteh ] terdapat simpang tiga menuju ke Kampung Kolam. Kampung Kolam terletak sejauh 2 kilometer dari simpang tiga Pak Badul.

Kedudukan Masjid di Mukim Kolam
Di Mukim Kolam terdapat 6 buah masjid yang tersedia ada iaitu; Masjid Jamek Tok Junuh Kolam, Masjid Muhammadiah ( Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang ), Masjid Taqwa ( peninggalan Tuan Guru Haji Awang Padang ), Masjid Perpaduan Ummah (Kedai Khamis ), Masjid Muhajirin dan Masjid Haji Wan Abdullah.

Kampung-kampung di Mukim Kolam
Secara terperinci, dalam Mukim Kolam terdapat 3 buah kampung iaitu Kampung Kolam, Kampung Tok Junuh dan Kampung Mak Mayong.

Lokasi Spesifik Masjid Uthmani
Masjid Uthmani terletak ditengah-tengah Mukim Kolam, iaitu diatas Lot 1621, Kampung Kolam. Tanah ini adalah hak milik peribadi FIKRI BIN AWANG yang diwakaf sebahagiannya untuk pembinaan Masjid Uthmani.

Permulaan Pembinaan
Mula di bina, pecah tanah pada bulan Zul-Hijjah 1428 bersamaan Disember 2007.

Tahap Pembinaan
Fasa Pertama dengan pembinaan tapak secara ikatan bata "ikat sembilan" setinggi 2 kaki .

Keseluruhan Keluasan
Luas keseluruhan 7 ribu kaki persegi.

Kepentingan Pembinaan
Pembinaan Masjid Uthmani mengambil kira kewujudan dua institusi pengajian agama yang berada bersebelahan tapak masjid. Institusi pengajian agama tersebut ialah Sekolah Menengah Arab Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan dan sebuah madrasah pengajian swasta iaitu Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah Tok Junuh.

Pemilihan Nama Uthmani
Mengambil sempena nama Khalifah Uthman Ibnu 'Affan radialLahu 'anhu dan pemilik asal Lot 1621, Haji Osman, moyang kepada Haji Fikri pemilik lot tanah ini sekarang.
Ahli Jawataankuasa Masjid Uthmani
Pengerusi : FIKRI BIN AWANG
H/P : 016-986 4599
Setiausaha : HASHIM BIN MAT JUSUH
H/P: 019-979 1899 atau 012-968 3524
Bendahari: MAZLAN BIN YUSOFF
H/P: 013-962 6433 atau 012-939 3644
Ahli Jawatan Kuasa:
01. Haji Awang Bin Awang (Bapa kepada Pengerusi Pembinaan)
02. Harun Bin Salleh
03. Haji Zakaria Bin Omar
04. Ismail Bin Haji Yaakub
05. Ismail Bin Daud
06. Haji Muhammad Bin Hasan
07. Haji Ibrahim Bin Saman

Alamat Surat Menyurat
Alamat rumah Pengerusi Masjid Uthmani
No 1 A, Lot 2134, Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan

Nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI :
CIMB : 0301-0004030-20-5
RHB : 2-53025-0000563-0
Akaun RHB ini dibuka pada 27 September, 2009. di RHB cawangan Ketereh adalah akaun yang pertama untuk urusan kewangan Masjid Uthmani. Manakala akaun di CIMB adalah akaun kedua.
Matlamat Pembukaan Akaun Masjid
Tujuan akaun ini adalah untuk memohon BANTUAN DERMA dan SUMBANGAN dari muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat hamba-hamba Allah yang ingin berkebajikan membina masjid.
Penjelasan Dasar Kewangan
Sebelum akaun Masjid Uthmani dibuka, pihak AJK masjid tidak memohon dari mana-mana pihak dana untuk pembinaan. Perbelanjaan asas sebagai FASA PERTAMA sebanyak RM 20 ribu [yang telah siap] adalah dari ahli keluarga terdekat
Dasar Kewangan Terkini.
Setelah Masjid Uthmani memiliki akaun di RHB Islamik Bank dan CIMB Islamik Bank, maka pihak AJK Pembinaan Masjid Uthmani merayu dan memohon sumbangan untuk pembinaan FASA KEDUA sebanyak RM 30 ribu.
Keperluan dana RM 30 ribu untu FASA ke 2
Bertujuan untuk membina dan melengkapkan tapak asas [ menjadikan 4 kaki tinggi ] untuk sampai ke peringkat lantai. Juga untuk membina kerangka asas dibahagian atas serta 16 batang tiang.
Kerja Pengumpulan Dana
Sehingga sekarang pihak Jawatan Kuasa Masjid Uthmani tidak melantik mana-mana pihak untuk mengutip dan mengumpul dana bagi pihak masjid. Pihak kami merancang untuk membuka akaun di bank-bank yang tertentu seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank, Ar-Rajhi Bank dan sebagainya untuk memudahkan para dermawan di JALAN ALLAH.

Suatu Penjelasan: Akan disiarkan gambar sebagaimana yang di lapurkan, insyaAllah.



Selasa-11/09/2009-2:00pm-