Isnin, 10 Ogos 2009

Masjid Uthmani Kampung Kolam

MUQADDIMAH

MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM
Suatu Penjelasan dan Gambaran Umum

Latar belakang
MASJID adalah suatu institusi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Ia adalah "rumah ALLAH". Pembinaan sesebuah masjid di suatu tempat ada asas, sejarah dan latar belakang serta matlamatnya yang tersendiri.
Matlamat
Matlamat pembinaannya tidak lain melainkan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Tentunya untuk kebaikan dan kebajikan kepada umat dan agama yang dicintai

Jiwa Orang Beriman
Orang beriman adalah mereka yang cintakan kebajikan dan akhirat yang tentunya merasa gembira dan bersyukur jika dirinya termasuk dalam golongan ahli masjid, "ahli "rumah ALLAH". Walaupun kedudukan sebagai ahli masjid itu berbeza mengikut keadaan dan persekitaran masing-masing, jiwa orang beriman gembira jika dirinya juga termasuk dalam golongan mereka yang hatinya terikat dengan masjid. Apatah lagi juka dapat menyumbang pembinaan sesebuah masjid ketika hayatnya di dunia ini.

Dasar Sandaran dan Pegangan
Ahli masjid dalam skop yang luas diharapkan termasuklah kita ini dalam golongan yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam al-Quraan yang bermaksud,"
Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut yang lain kecuali Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk" [ At-Taubah (9), ayat 18 ]

Lokasi Geografi
Kampung Kolam, sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Kolam, Daerah Mahligai, Jajahan Bachok, yang bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh disebelah Tenggara dan Kota Bharu disebelah Barat

Lokasi Berasaskan Sempadan Pilihan raya
Mengikut persempadanan pilihan raya, Kampung Kolam berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jelawat dan kawasan Parlimen Bachok.

Lokasi Berkaitan Persekitaran
Kampung Kolam terletak 5 kolometer dari Pekan Melor dan 5 kilometer dari Pekan Selising. Pekan Melor terletak dalam Jajahan Kota Bharu manakala Pekan Selising pula terletak dalam Jajahan Pasir Puteh. Kedua-dua pekan ini berada di jalan utama dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Diantara Pekan Melor dan Pekan Selising, terdapat Kampung Pak Badul. Untuk ke Kampung Kolam perlu mengenal pasti Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badul (SMKPB) yang terletak disebelah kanan dari Kota Bharu ke Pasir Puteh. Bersetentangan dengan SMKPB [ disebelah kiri jalan dari Kota Bharu menuju ke Pasir Puteh ] terdapat simpang tiga menuju ke Kampung Kolam. Kampung Kolam terletak sejauh 2 kilometer dari simpang tiga Pak Badul.

Kedudukan Masjid di Mukim Kolam
Di Mukim Kolam terdapat 6 buah masjid yang tersedia ada iaitu; Masjid Jamek Tok Junuh Kolam, Masjid Muhammadiah ( Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang ), Masjid Taqwa ( peninggalan Tuan Guru Haji Awang Padang ), Masjid Perpaduan Ummah (Kedai Khamis ), Masjid Muhajirin dan Masjid Haji Wan Abdullah.

Kampung-kampung di Mukim Kolam
Secara terperinci, dalam Mukim Kolam terdapat 3 buah kampung iaitu Kampung Kolam, Kampung Tok Junuh dan Kampung Mak Mayong.

Lokasi Spesifik Masjid Uthmani
Masjid Uthmani terletak ditengah-tengah Mukim Kolam, iaitu diatas Lot 1621, Kampung Kolam. Tanah ini adalah hak milik peribadi FIKRI BIN AWANG yang diwakaf sebahagiannya untuk pembinaan Masjid Uthmani.

Permulaan Pembinaan
Mula di bina, pecah tanah pada bulan Zul-Hijjah 1428 bersamaan Disember 2007.

Tahap Pembinaan
Fasa Pertama dengan pembinaan tapak secara ikatan bata "ikat sembilan" setinggi 2 kaki .

Keseluruhan Keluasan
Luas keseluruhan 7 ribu kaki persegi.

Kepentingan Pembinaan
Pembinaan Masjid Uthmani mengambil kira kewujudan dua institusi pengajian agama yang berada bersebelahan tapak masjid. Institusi pengajian agama tersebut ialah Sekolah Menengah Arab Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan dan sebuah madrasah pengajian swasta iaitu Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah Tok Junuh.

Pemilihan Nama Uthmani
Mengambil sempena nama Khalifah Uthman Ibnu 'Affan radialLahu 'anhu dan pemilik asal Lot 1621, Haji Osman, moyang kepada Haji Fikri pemilik lot tanah ini sekarang.
Ahli Jawataankuasa Masjid Uthmani
Pengerusi : FIKRI BIN AWANG
H/P : 016-986 4599
Setiausaha : HASHIM BIN MAT JUSUH
H/P: 019-979 1899 atau 012-968 3524
Bendahari: MAZLAN BIN YUSOFF
H/P: 013-962 6433 atau 012-939 3644
Ahli Jawatan Kuasa:
01. Haji Awang Bin Awang (Bapa kepada Pengerusi Pembinaan)
02. Harun Bin Salleh
03. Haji Zakaria Bin Omar
04. Ismail Bin Haji Yaakub
05. Ismail Bin Daud
06. Haji Muhammad Bin Hasan
07. Haji Ibrahim Bin Saman

Alamat Surat Menyurat
Alamat rumah Pengerusi Masjid Uthmani
No 1 A, Lot 2134, Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan

Nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI :
CIMB : 0301-0004030-20-5
RHB : 2-53025-0000563-0
Akaun RHB ini dibuka pada 27 September, 2009. di RHB cawangan Ketereh adalah akaun yang pertama untuk urusan kewangan Masjid Uthmani. Manakala akaun di CIMB adalah akaun kedua.
Matlamat Pembukaan Akaun Masjid
Tujuan akaun ini adalah untuk memohon BANTUAN DERMA dan SUMBANGAN dari muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat hamba-hamba Allah yang ingin berkebajikan membina masjid.
Penjelasan Dasar Kewangan
Sebelum akaun Masjid Uthmani dibuka, pihak AJK masjid tidak memohon dari mana-mana pihak dana untuk pembinaan. Perbelanjaan asas sebagai FASA PERTAMA sebanyak RM 20 ribu [yang telah siap] adalah dari ahli keluarga terdekat
Dasar Kewangan Terkini.
Setelah Masjid Uthmani memiliki akaun di RHB Islamik Bank dan CIMB Islamik Bank, maka pihak AJK Pembinaan Masjid Uthmani merayu dan memohon sumbangan untuk pembinaan FASA KEDUA sebanyak RM 30 ribu.
Keperluan dana RM 30 ribu untu FASA ke 2
Bertujuan untuk membina dan melengkapkan tapak asas [ menjadikan 4 kaki tinggi ] untuk sampai ke peringkat lantai. Juga untuk membina kerangka asas dibahagian atas serta 16 batang tiang.
Kerja Pengumpulan Dana
Sehingga sekarang pihak Jawatan Kuasa Masjid Uthmani tidak melantik mana-mana pihak untuk mengutip dan mengumpul dana bagi pihak masjid. Pihak kami merancang untuk membuka akaun di bank-bank yang tertentu seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank, Ar-Rajhi Bank dan sebagainya untuk memudahkan para dermawan di JALAN ALLAH.

Suatu Penjelasan: Akan disiarkan gambar sebagaimana yang di lapurkan, insyaAllah.



Selasa-11/09/2009-2:00pm-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan