Khamis, 8 Oktober 2009

RAYUAN SUMBANGAN DI JALAN ALLAH

SURAT TERBUKA
Untuk "B a n i U t h m a n" diseluruh tanah air Malaysia tercinta.

Assalamu 'alaikum warahmatul Lahi wabarakatuh



Moga-moga semuanya berada dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia bersama keluarga serta perjuangan hidup didunia yang sementara ini.


Saya, FIKRI BIN AWANG anak kepada Allahyarhamah Hajjah Che Jah, cucu Tok Teh Awang dan cicit Tok Ayah Osman.....samada yang mengenali saya atau sebaliknya, ....juga kepada anak cucu cicit Tok Ayah Osman yang saya kenali atau tidak.....saya bersyukur kerana dapat berhubung dilaman ini dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. dalam hidup didunia ini sebagai bekal dihari pertemuan dengan NYA suatu hari nanti.


Samada kita sedar atau tidak, Tok Ayah Osman mempunyai anak yang bernama Awang, Daud dan Lijah. Kesemuanya telah meninggal dunia dan dikebumi di tanah perkuburan Kampung Kolam.


Awang (Tok Teh Awang) mempunyai 2 orang anak iaitu Hajjah Che Jah (ibu saya) dan Muhammad. Ibu saya telah meninggal dunia pada 21 November 2007 dan Muhammad masih ada dan menetap di Kampung Kolam.


Haji Daud (saya panggilnya Ayah Haji) mempunyai anak seramai 5 orang (3 lelaki dan 2 perempuan -)


Lijah mempunyai 2 anak lelaki. Lijah yang paling awal meninggal dunia.


Kesemua nama-nama yang disebut mempunyai anak dan cucu yang boleh dinamakan "Bani Uthman".


Saya mempunyai pandangan bahawa kesemua anak cucu Tok Ayah Osman perlu mengetahui bahawa saya sedang membina masjid diatas sebahagian tanah peninggalan Tok Ayah Osman kita.


Berdasarkan maklumat dan kefahaman ini saya yakin bahawa anak cucu cicit Tok Ayah Osman akan berusaha untuk berbuat kebajikan diatas tanah tok nenek kita ini. Kalian juga boleh niatkan sumbangan untuk sesiapa saja yang telah meninggal dunia sebagai tanda ingatan dan ihsan kita kepada mereka yang telah meninggalkan kita di dunia ini.


Dengan sedikit gambaran yang diberikan ini akan menjadi sebab untuk kita semua berkebajikan dan untuk kenal mengenali dengan lebih erat lagi. Moga-moga kalian boleh membantu


Dengan kurniaan dan anugerah Allah kepada kita semua, kita bersatu bersefahaman dan berkebajikan yang menjadi harapan tok nenek moyang kita ditanah peninggalan mereka ini.


Kita jumpa lain kali dan diatas sumbangan kalian semua saya hanya dapat ucapkan "Hanya Allah Yang Maha Membalas dengan sebaik-baik balasan kepada kalian semua"


Sekian

10:40 pagi - Jumaat - 9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan