Selasa, 23 Februari 2010

Menuju Ke Fasa Kedua Pembinaan

Saya merayu dan memohon derma / sumbangan / infak fi sabilil Lah "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" untuk membina Masjid Uthmani ... "Ya Allah perkenankanlah"


Pengerusi Masjid Uthmani Ustaz Fikri / Fakri berdiri ditiang Masjid Uthmani membelakangi Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah


Syukur....hari ini, 9 Rabiulawwal 1431 H, memulakan suatu gerak kerja ke fasa kedua pembinaan Masjid Uthmani.

Tolonglah muslimin / muslimat ambil perhatian:


Akaun MASJID UTHMANI


RHB: -2-53025-0000563-0-


atau

CIMB: -0301-0004030-20-5-

Sebagaimana yang telah di maklumkan fasa kedua pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam melibatkan beberapa langkah iaitu, langkah pertama membina rangka [ bing ] bagi tapak setinggi 2 kaki lagi diatas tapak yang telah sedia di bina 2 kaki binaan bata 'ikat 9' menjadikan keseluruhan 4 kaki. Bererti tapak lantai adalah setinggi 4 kaki dari paras bumi.


Manakala langkah kedua ialah pembinaan tiang sebanyak 16 batang diatas diatas rangka dan langkah ketiga ialah pembinaan rangka atas diatas tiang yang di bina tersebut.

Sebagai persiapan kepada pembinaan fasa kedua ini, hari ini telah bermula gerak kerja membersih persekitaran tapak masjid bagi menceriakan suasana untuk gerak kerja seterusnya.

Juga hari ini telah mula langkah pertama untuk membina sebuah bangunan kecil ringkas dan sederhana 4 persegi berukuran 16 kaki panjang dan 16 kaki lebar. Bangunan ini akan bermanfaa untuk menyimpan barang dan peralatan kerja semasa pembinaan.


Semua kerja hari ini di buat dengan mengupah jentolak dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dengan kos RM 350.

Diharap kerja hari ini akan bersambung ke langkah-langkah yang lebih menyenangkan pada hari depan, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan