Sabtu, 27 Februari 2010

SURAT TERBUKA KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT




Berada di atas binaan bata tapak asas setinggi 2 kaki dan untuk fasa ke 2 yang akan dimulakan pada akhir bulan Rabiulawwal nanti ialah binaan 2 kaki tinggi dan tiang 16 batang
BANTUAN UNTUK BINA MASJID
Assalamu 'alaikum...

Kepada:

...............................................................

Saya, Haji Fikri atau Fakri Bin Awang sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" memohon bantuan dari muslimin dan muslimat untuk pembinaan Masjid Uthmani.

Untuk pengetahuan tuan / puan, saya telah menerangkan tentang Masjid Uthmani dengan lengkap dalam laman http://www.masjiduthmani.blogspot/ dan saya telah sedikit sebanyak memperkenalkan diri saya dalam laman http://www.everytime114.blogspot.com/ dan dalam facebook di alamat Ustaz Fikri Kelantani

Terdapat juga laman [ blogspot ] lain dibawah kendalian saya untuk berhubung dengan masyarakat Islam dengan harapan agar maklumat tentang Masjid Uthmani dan perkara yang berkaitan sampai kepada masyarakat.

Terkini, dengan pendekatan seperti ini saya berharap akan membuahkan hasil yang bermanafaat untuk pembinaan Masjid Uthmani.

Saya menghulurkan kepada tuan / puan kertas yang mengandungi nombor akaun Masjid Uthmani dan ruangan kosong untuk diisi oleh tuan / puan mengikut keikhlasan tuan / puan sendiri.

Saya akan print perkara yang berkaitan dan akan sampaikan kepada siapa yang menjadi pilihan saya dengan izin Allah.

Sekali lagi saya menyeru dan merayu agar muslimin dan muslimat mengambil perhatian dan berdoa "Dengan Nama Allah S.W.T. " agar usaha saya ini di permudahkan Allah dan yakinlah bahawa ini semua adalah kerja kita semua.

Moga-moga Allah S.W.T. memberkati kita semua dan segala jasa baik tuan / puan diucapkan "JazakumulLahu Khairan Kathiran" ... "Moga-moga Allah membalas jasa budi baik tuan / puan dengan sebaik-baik dan sebanyak-banyak balasan didunia dan akhirat"

Sekian, terima kasih.

Tarikh: ...........................









Tiada ulasan:

Catat Ulasan