Isnin, 26 April 2010

Fasa Ke 2... tambah rancak

Isnin - 27 April, 2020

Empat pekerja bersatu hati dan berpadu tenaga bekerja untuk Fasa Ke 2. Pihak pentadbir merancang untuk menambah dana .... Saya selalu sebut secara mudah untuk menjayakan Fasa Ke 2 memerlukan dana tak kurang RM 10 ribu dan tak lebih RM 15 ribu. Lihat kertas kerja.

Kerja rancak berjalan.....insyaAllah tiada masalah....
Mat sedang membelokkan Y10
Gabungan besi Y10 dan Y12 membentuk struktur yang gagah sebagai tapak kepada mana -mana bangunan.

Dari sebelah sini dulu tiang akan didirikan...insyaAllah

Disini di bahagian sebelah Darul Ulum Al-Muhammadiah

Kerja memotong besi Y12... dengan gunting manual memerlukan tenaga yang kuat
Pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2 masuk hari kedua. Semalam pekerja cuti kerja kerana hujan lebat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan