Jumaat, 23 April 2010

Masjid Uthmani - Memulakan Fasa Ke 2

Dengan Nama Allah... kerja pembinaan Masjid Uthmani dimulakan dengan penuh keyakinan bahawa ini adalah antara usaha untuk kearah VISI AGUNG KEHIDUPAN MUKMIN

Al-HamdulilLah, syukur .... Allah S.W.T. memakhbulkan doa. Hari ini, memulakan kerja-kerja pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2.

Ayahanda bersama Zamri Mak Kah Ketereh .... waris ayahanda di Ketereh. Zamri As-Sokori yang mengetuai pembinaan Masjid Uthmani.

Suatu penghormatan dari ayahanda. Ayahanda datang ke tempat pembinaan, merestui kerja-kerja ini. Tanpa pengorbanan ayahanda, tiada saya seperti hari ini. Ini semua adalah kerana doa ayahanda.Bonda yang tiada, telah pergi selamanya.
Ayahanda lahir tahun 1924. "Sama tua dengan Tun Dr. Mahathir", kata saya kepada pekerja pembinaan pagi tadi. Masih gagah dan bersemangat untuk berkebajikan "bina masjid". "Kalau boleh nak tengok juga sebalum mati" kata ayahanda.

Ayahanda bersama Mat Bukit Awang ... pekerja pembinaan.

Juga suatu penghormatan kepada sekelian penderma dan penyumbang yang telah menyumbang diatas kepercayaan kepada saya dan pasukan kerja Masjid Uthmani walaupun antara kita tidak kenal mengenali. Hanya Allah Yang Maha Membalas. Saya doakan anda sekelian di murahkan rezeki; umur panjang / kewangan mantap / ibadat bertambah / hati tenteram dengan zikrullah / sayangkan Islam / cintakan Rasulullah dan rindukan Allah. Amin
Dari sebahagian penjuru Masjid Uthmani. Gambar menghadap ke SMUDU Al-Muhammadiah. Di atas binaan bata itu akan dinaikkan lagi 2 kaki dana tiang sebanyak 16 batang. Dari penjuru ini ke sebelah kanan akan dibina bilik seluas 10 x 15 kaki. Doakan muga-muga Allah permudahkan urusan ini.

Pasukan kerja, empat orang pekerja berpadu tenaga
bersatu berjihad berkebajikan

Kena ukur ... tak boleh main agak-agak !

"Dan TOLONG-MENOLONGlah kamu atas dasar KEBAJIKAN dan TAQWA"...... anai-anai berjaya membina istananya dengan berasaskan tolong-menolong .... Anai-anai, mengangkut tanah sebesar biji pasir pada malam hari. Di pagi hari kelihatan tanah baru yang masih basah telah diresmikan untuk dijadikan tempat berlindung mereka. SubhanalLAH ! Mari kita mencontohi mereka.... insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan