Sabtu, 17 April 2010

Masjid Uthmani - Minggu Depan Mula Fasa Ke 2

Kerja pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2 akan bermula pada minggu depan, 25 April 2010 dan dijangka siap pada 16 Mei 2010, memakan masa tiga minggu.

Kerja akan di laksanakan oleh Saudara Zamri berasal dari Ketereh yang juga dari keluarga saya di sebelah ayah. Sekarang beliau tinggal di Kampung Sokor, Kok Lanas.

Setiap minggu hari Rabu, saya mengisi program Masjid Ar-Rahim dengan kuliah maghrib dan Saudara Zamri bersama pada setiap minggu.

JANGKAAN PERBELANJAAN KASAR Fasa Ke 2 ini ialah seperti berikut:

01. Upah Pekerja.................RM 4500
[ 5 orang pekerja ] [ Seorang pekerja gaji harian RM 60 ] [ Kerja 3 minggu ]

02. Simen..............................RM 1600
[ 100 kampit ]

03. Plywood..........................RM 900
[ Tebal 12 mm ] [ 20 keping ]

04. Besi..................................RM 2600
[ Y 12 ] dan [ Besi Ling ]

05. Kayu................................RM 1000
[ 1" 2" ] dan [ 2" 2" ]

06. Paku.................................RM 200

07. Besi...................................RM 100
[ Kerawat ]

08. Batu................................RM 1000

09. Pasir................................RM 2600
[ 20 lori: harga 1 lori RM 130 ]

10. Minyak mix-ture...........RM 100
[ Minyak hitam dan diesel ]

JUMLAH KESELURUHAN:...RM 14,600.00//

Diharap Fasa Ke 2 ini, binaan tapak asas akan dinaikkan 2 kaki dan tiang 16 batang. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan