Jumaat, 23 April 2010

Masjid Uthmani - Satu Lonjakan Bersama Wak Al-Banjari

Jumaat - 23 / 04 / 2010 -



Menara Masjid Kamil Hasan.....
model Masjid Uthmani

No . Akaun MASJID UTHMANI ...
RHB: 2-53025-0000563-0

Pagi tadi 'usrah mabrur' [ http://usrahmabrur.blogspot.com/ ] jalan jambatan Salor -Tendung. Jambatan yang di bina semasa Datuk Ibrahim Ali menjadi Timbalan Menteri. Ini sebahagian jasa Datuk Ibrahim Ali. Kata orang, diantara yang mengkayakan Datuk Ibrahim Ali ialah jambatan ini. Berapa untung beliau tak tahu ! Untung !.... bukannya.......

Saya sempat merakamkan suasana dipersekitaran Masjid Kamil Hasan dari arah jambatan ini. Sebelum ini gambar Masjid Kamil Hasan diambil dari arah depan dan dalam masjid saja.

Sempat juga saya melihat dari arah belakang Pusat Khidmat DUN Salor Cantik dan indah yang menggambarkan ada "kerjasama" dan "infak". Diharap pihak PAS kawasan lain juga sepatutnya telah ada bangunan seumpama ini sebagai pusat kebajikan dan segala kerja Islam.
Bangunan sebesar itu cukup dengan 5 batang kayu balak cengal saja !

Selepas solat jumaat, saya menerima sms dari blogger Wak Al-Banjari, pengendali lamab blog ' http://politikbanjar.blogspot.com/ '.
Tertera discreen h/p. saya "Alhamdulillah, banner telah siap dipautkan ke blog" Lagi tercatat, "jihad kerana Allah...semoga dimudahkan urusan mulia ini dari Allah SWT". Saya segera ke laman "politikbanjar". Syukur... Tanpa pertolongan Allah .... dan akh Wak, saya tidak akan sampai ketahap ini.

Khusus kepada akh Wak al-Banjari:
Saya mengucapkan "jazakumulLahu khairan kathira" diatas kesudian akh menolong saya dalam kerja ini. Saya dengan ini menjemput akh Wak ke Kelantan dan minta sampai ketapak pembinaan Masjid Uthmani ini suatu hari nanti...insyaAllah.

Bertambah semangat saya untuk menjalankan kerja agama ini bila tercatat perkataan "jihad" . Sememangnya demikian. tanpa roh jihad maka kerja agama tak dapat dilaksanakan. Ia kering seumpama tanah kering air di musim kemarau. Tanah luas terbentang tapi tak dapat menghasilkan sesuatu. Lalu orang sebut "tanah terbiar"
Khusus kepada mereka yang punya harta yang di anugerahkan oleh Allah. Untuk menyuburkan diri anda supaya tidak jadi "manusia terbiar" seumpama "tanah terbiar" tadi, maka derma / sumbangan jihad harta adalah salah satu caranya.

Budak tu nama Ahmad Fathi Rabbani, 7 tahun.
Berdiri depan mimbar Masjid Jamek Salor
MASJID JAMEK SALOR..... bersebelahan kubur
....susunan dari Allah untuk ingatkan mati setiap kali ke masjid
Dalam perjalanan pulang singgah di Masjid Jamek Salor. Terkenang pada tahun 1985, saya kali pertama "keluar" bersama jamaah tabligh 3 hari bersama Ustaz Zamri Ghazali [ sekarang pensyarah di Akedemi Islam Universiti Malaya di Nilam Puri ]

Gambaran hasil kerja JIHAD si anai-anai... "ta'awun" dan "infak".

'Ya Allah, tolonglah kami para pejuang kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Penolong"
WalLahu A'lam






























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan