Rabu, 21 April 2010

Melawat Masjid Kamil Hasan

Hari ini, selepas makan pagi, bersama Saudara Zamri, Mat Jerteh dan Mad Jar ke Mukim Pendek. Tujuan kesini ialah untuk menambah maklumat tukang yang akan memulakan pembinaan Fasa Ke 2 sedikit masa lagi.

Perbezaan antara Masjid Uthmani dengan Masjid Kamil Hasan ialah pada bilik-bilik yang terdapat di bangunan masjid. Di Masjid Uthmani terdapat 4 bilik dikiri dan kanan. Setiap bilik seluas 15 kaki panjang dan 10 kaki lebar.

Dibahagian belakang terdapat 2 bilik dan depan masjid juga terdapat 2 bilik. Menjadikan keseluruhan bilik-bilik di bangunan Masjid Uthmani ialah 6 bilik. Manakala Masjid Kamil Hasan hanya terdapat 4 bilik saja.

Banyak kegunaan bilik-bilik ini. Saya bercadang untuk memperluas konsep "homestay" dan "inn" kepada masjid. Jadikan masjid sebagai tempat yang "mesra ramai" . Hari ini masjid terikat dengan amalan lama. Fungsinya hanya sebagai tempat solat dan belajar ilmu agama semata sedangkan tidak demikian.

Masjid adalah tempat menyatukan manusia. Moga-moga dengan adanya "pekej" yang demikian maka Masjid Uthmani menjadi satu diantara masjid yang mempunyai unsur perpaduan yang kemas dan berperancangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan