Rabu, 28 April 2010

Pusingan Pertama Fasa Ke 2

Assalamu 'alaikum kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat ku seaqidah dan seagama.

RAYUAN SAYA .... SAYA MERAYU .... MEMOHON RAYUAN

Saya memohon bantuan dari anda sekelian untuk membina MASJID UTHMANI. Satu lagi rumah Allah akan didirikan di muka bumi ini.

Tema "Bersama Memakmurkan Bumi Allah" insyaAllah akan mendapat kerjasama dari sanak saudara dan sahabat-sahabat yang punya VISI AGUNG yakni AKHRAT. Kepada Allah saya bertawakkal.

Ambillah perhatian ..... Nombor akaun MASJID UTHMANI.

RHB [ Islamic Bank ] :
2-53025-0000563-0
dan

CIMB [ Islamic Bank ] :


0301-0004030-20-5



Setiap tiang menggunakan besi Y12 sebanyak 6 dan 8 batang

Kelihatan sebatang besi kerangka tiang pertama telah dinaikkan.



Gambar ini diambil pada petang Rabu 28 April, 2010.


Al-Hamdulillah, syukur pada Allah, kerja pembinaan berjalan lancar. Sejak hari Sabtu lalu 24 April kerja berjalan lancar kecuali hari Ahad dan Isnin kerana hujan lebat.

Dijangka pada minggu depan, selewat-lewatnya hari Selasa [ 4 Mei ]
akan "konkrit" kerangka tiang ini menjadi tiang
PERTAMA

Hari ini hari Khamis, di Kelantan, dah menjadi peraturan dimana saja kerja-kerja pembinaan pada hari Khamis adalah hari pembayaran gaji.
Hari ini keluar RM 880 keluar untuk bayaran gaji pekerja. Ada hamba Allah suka berderma atau mengeluarkan 'benda' seperti besi, kayu atau simen kerana mereka memahami bahawa benda seumpama itu [ besi, kayu, simen ] kekal.

...

Saya ingin mengalih perhatian sikit, bahawa wang tunai adalah penting juga dan besar fadhilatnya kerana tanpa wang tunai untuk bayar gaji pekerja segala bentuk dan benda yang nak di tegakkan tak dapat dilaksanakan. Wang adalah perantaraan untuk menyiapkan segala benda meterial yang telah dibelidan dirangka.

...

Marilah kita bersama aktifkan akaun "MASJID UTHMANI" dari dana yang telah dianugerahkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki [ Ar-Razzaq ] untuk simpanan tetap yang akan di buka hanya di akhirat di depan Allah nanti.

...

Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan