Jumaat, 7 Mei 2010

Fasa Ke 2... 'buka kotak' kali pertama

saya.....pada 01 Jun 1987 ......Ketika ini berkhidmat di Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara ...
kepada kawan-kawan lama yang mengenali diri saya, saya memohon jasa baik akh sekelian bantu saya untuk bina MASJID UTHMANI... kita berkawan dunia akhirat.... Amin
.

Pembinaan sepanjang 65 kaki menggunakan 18 kampit simen
Baru selesai sebelah ... kini pekerja akan buat pembinaan tiang pula

Sabtu - 23 J.Awwal, 1431 bersamaan 8 Mei, 2010 kerja 'buka kotak', suatu istilah pembinaan bagi tukang-tukang dan kontraktor di Kelantan dimana kerja 'buka kotak' sememangnya buka kotak yang digunakan untuk menyempurnakan konkrit bagi tapak atau tiang dalam pembinaan.
Hari ini mungkin persiapan untuk 'buat kotak' bagi tiang-tiang. Sekurang-kurangnya untuk dua kotak akan disiapkan, insyaAllah.

Kerja sehingga ini berjalan lancar. Pihak pengurusan dan pihak pekerja memainkan peranan masing-masing. Perbincangan selalu hidup sebagai gambaran fikiran penuh dengan usaha untuk mencari keredhaanNya, "memakmurkan bumi Allah" denga bina MASJID UTHMANI.

Jangan lupa akaun MASJID UTHMANI di RHB dan CIMB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan