Sabtu, 29 Mei 2010

Lewat bayar gaji.... sibuk

TERKINI: Tercapai, diizinkan Allah hampir lengkap fasa ke 2 ...
[1] Dari keseluruhan tiang sebanyak 16 batang di bangunan induk masjid iaitu ruangan solat, kini telah siap 15 batang.
[2] Ruang solat seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang dengan ketinggian 2 kaki memerlukan 150 lori pasir kasar. Dengan selori pasir RM 130 x 150 lori memerlukan kos RM 19,500.
DANA RM 19,500.00/ SEDANG DICARI UNTUK PASIR RUANGAN SOLAT
NOMBOR AKAUN MASJID UTHMANI :...
RHB : 2-53025-0000563-0
DAN
CIMB : 0301-0004030-20-5..
Hari ini pihak pengurusan MASJID UTHMANI mengeluarkan RM 1,100.oo bagi pembayaran gaji tukang seramai 4 orang untuk kali yang ke-5 yang sepatutnya diselesaikan Khamis lalu untuk kerja mereka minggu lepas dari 22 Mei hingga 27 Mei, 2010.
.
Kerana sibuk dengan urusan anak saudara saya yang tak dapat dielakkan saya telah memohon maaf kepada pihak. Saya menegaskan Khamis lalu kepada Haji Mad, bos kepada tukang-tukang Masjid Uthmani, "bukan tak ada pulus tapi tak ada kesempatan, insyaAllah hari Ahad ini akan dibereskan" iaitu hari ini. Syukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan