Rabu, 9 Jun 2010

Hari Pembayaran Gaji

Sebagaimana minggu-minggu yang lalu, hari ini adalah hari akhir kerja bagi kerja-kerja pembinaan. Pihak pengurusan Masjid Uthmani hari ini mengeluarkan gaji kali keenam sejak pembinaan berjumlah RM 1,065 dikeluarkan.
.
Gaji tiap seorang pekerja berbeza. Ada yang berjumlah RM 65.00 seorang dan ada yang RM 55 dan ada yang RM 45. Kalau seorang pekerja bekerja penuh enam hari seminggu [kecuali hari Jumaat ] bererti kalau gaji harian RM 65 maka minggu kerja tersebut berjumlah RM 390.
.
Kadang-kadang disebabkan perkara penting yang tak dapat dielakkan mereka cuti. Kadang-kala berlaku sebagaimana minggu ini, pada hari Sabtu lalu mereka semua cuti. Bererti mereka kerja hanya lima hari saja minggu ini.
.
Demi kebajikan, pada setiap hari Khamis saya bukan saja bayar gaji, tetapi saya juga beri bonus dengan sedikit tambahan dari gaji untuk gembirakan pekerja. Dapatlah mereka menjamu selera sesama mereka.
.
Urusan masukkan pasir ditapak ruangan solat belum dapat dilaksanakan kerana keadaan basah di Kelantan. Bila hujan pada malam hari maka kerja mengambil tanah di bukit tergendala. Lori tak dapat masuk untuk mengangkut tanah kerana keadaan licin di tapak [ di bukit ] tempat tanah di ambil. Kita tunggu keadaan mengizinkan. Insyaallah.
.
Kepada setia penderma yang mengambil peluang berkebajikan saya hanya mengharapkan balasan dari Allah untuk mereke semua. Adatnya saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada setiap penderma.
.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan