Khamis, 29 Julai 2010

Bantuan Derma Jihad Di Perlukan

Jumaat esok pagi, 30 Julai 2010 kerja mengangkut pasir kedalam tapak masjid diruangan solat akan dilakukan dengan jentolak yang disewa khas dengan RM 350 sehari.
.
Seterusnya sumbangan amat diperlukan untuk pembinaan Fasa Ke 3. Oleh yang demikian jangan lupa nombor akaun Masjid Uthmani:


CIMB Islamic Bank :

0301-0004030-20-5

atau

RHB Islamic Bank :

2-53025-0000563-0

insyaAllah ... Ramadhan al-mubarak yang dinantikan akan menemui kita semua untuk
BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN

Saya dengan penuh syukur kepada Allah S.W.T. mengucapkan "jazakumulLahu khairan kathira" diatas kesudian hamba Allah yang ingin mencari keredhaanNya dengan mengeluarkan sebahagian harta yang disayangi.

Kepada yang masih belum berjihad berinfak fi sabililLah melalui Masjid Uthmani saya tidak kecewa malah sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar anda sekelian bersama saya Memakmurkan Bumi Allah membina Masjid Uthmani suatu masa nanti kerana kita semua memahami bahawa infak fi sabililLah adalah suatu amalan yang mulia dan digalak serta dituntut oleh RasuulLah S.A.W. Mungkin anda ketika ini menjadi penderma atau penyumbang tetap di tempat lain. Masjid Uthmani menungggu giliran, insyaAllah. Amin

Sabtu, 17 Julai 2010

Masjid Uthmani - ratakan timbunan tanah

Gambar-gambar dihari tanah dimasukkan ditapak Masjid Uthmani

Dari tengah-tengah ruangan solat kelihatan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah

Dari arah mihrab Masjid Uthmani kelihatan Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam
.
Masjid Uthmani dirancang supaya lantainya tinggi empat kali dari paras tanah. Bila dibina tinggi maka ia memerlukan tanah atau pasir untuk memenuhi ruangan lantai.
.
Tujuan dibina tinggi adalah untuk: [ 1 ] Mengelakkan ketidakselesaan jika kawasan persekitarannya dinaiki aiar khususnya pada musim tengkujuh pada bulan Disember hingga Februaru setiap tahun. [ 2 ] Ketidakselesaan besar kemungkinan berlaku bukan saja kerana musim tengkujuh tetapi kerana kedudukan status saliran persekitaran yang tidak terancang kerana menjadi "budaya dikampung" yang berada ditahap "masing-masing jaga kawasan masing-masing" [ 3 ] Bersetuju bahawa jika masjid dibina tinggi maka keselesaan dari segi pengudaraan yang lebih bebas dan keberkesanan menerima udara luar.
.
Untuk meratakan timbunan tanah saya mengambil keputusan untuk tarakan sendiri tanpa mengupah jentolak kerana ingin menjimatkan kos. Sewa jentolak satu hari RM 350. Lagi pun jika diratakan menggunakan tenaga sendiri untungnya "keluar peluh" hasil dari bina dan urus tanah masjid.

.
Lagi pun masa bukannya terdesak kerana perancangan untuk bina permukaan lantai ialah pada bulan Syawal nanti. Lagi pun kewangan atau dana Masjid Uthmani amat terhad setelah pembinaan tiang dan bing beberapa minggu lalu yang telah menelan kos RM 22 ribu.

Selasa, 13 Julai 2010

Masjid Uthmani... Sekilas Pandang

Masjid Penarik, Setiu, Terengganu.


Masjid yang diasaskan strukturnya oleh Kerajaan PAS ....2004 yang disambung dan disiapkan pembinaannya oleh KerajaanBN semasa Datuk Idris Jusuh al-Jertihi menjadi Menteri Besar.


Syukur ... Dengan izin Allah fasa ke 2 hampir selesai. Kini saya sedang memikirkan bagaimana untuk mengakhiri fasa ini dengan membina lantai. Setelah sesi memasukkan tanah selesai beberapa kerja teknikal perlu dilaksanakan iaitu:


(1) Meratakan tanah sehingga baki 1 kaki dari aras lantai.


(2) Memasukkan pasir bersih untuk mengelakkan anai-anai 'menguasai' di tapak masjid. [Anai-anai tidak bina 'istana' nya di ruangan berpasir ]


(3) Membina lantai simen setebal 6 inci. [ Tidak termasuk seramik yang akan di pasang diakhir pembinaan ].


.


Mulai pagi hari ini nanti , Rabu 14/07/2010 saya akan meratakan tanah di tapak Masjid Uthmani, insyaAllah.

Kolah disalah sebuah masjid yang saya selalu .... Kotor tu tanda apa ? ..... Banyak tandanya !

Kolah.....suatu masa dulu kolah penting untuk berwudhu' tapi kini seolah tak di perlukan kerana arus pembangunan moden... Saya mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan 'moden' tadi dimana saya tidak menolak langsung kepentingan kolah dan kelebihannya. Oleh itu saya mahu mengadakan kedua-duanya iaitu kolah dan paip. Kalau boleh saya mahu mengembalikan suasana " 'sedap' ambil air sembahyang dengan kolah", kata orang tua-tua dengan bersama berprogram "hari kolah" .... paling tidak jimat bayaran bil air.

.

Bunyi mudah saja, "alah tak payah fikir, tak payak nak jimat-jimat, biasalah sekarang guna air paip". Dengan saya mengutarakan contoh ucapan sedemikian saya yakin kalian sudah fahami maksud ucapan itu. Tapi ingat ! tanpa perancangan kewangan yang teloiti dan rapi sesetengah masjid mengalami kesukaran untuk membayar bil letrik dan bil air sehingga menimbulkan masalah dikalangan ahli jamaah. "Masa bayar bil....semua diam, masa guna tak sedar diri" ... Orang-orang tua amat faham suasana begini..

.

Dalam sejarah hidup saya, kolah di Madrasah Haji Wan Abdullah Kampung Kolam dan di Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang [ Pondok Kolam ] antara yang terawal saya kenali.




Masjid Uthmani ... Fasa 3: Masukkan Pasir

Syukur ... semuanya dengan izin Allah. Pada 19 Jun lalu ( 5 Rejab 1431 ) adalah hari terakhir saya bersama blog Masjid Uthmani ini. Hari ini 13 Julai [ 1 Syaaban 1431 H ] saya bersama kembali dengan suatu kesyukuran yang tidak terhingga kerana sebelum cukup sebulan [ 6 hari lagi ] berhenti kerja-kerja pembinaan maka hari ini kerja memasukkan tanah kedalam ruangan bangunan induk Masjid Uthmani [ ruangan solat ] sebanyak 40 lori dengan nilai RM 60 selori menjadikan RM 2400.
Lori sedang menurunkan tanah di ruangan mihrab Masjid Uthmani......20 kaki kehadapan masjid [ di kiri dan kanan kedudukan lori / [kiri dan kanan mihrab ], akan didirikan lagi 8 tiang untuk membentuk struktur asas bilik. [ Suatu masa nanti akan didirikan kayu penanda kedudukan tiang yang akan dibina, insyaAllah ].
.
Dengan rendah diri saya selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani dan AJK mengucapkan "jazakumul Lahu khairan kathira" diatas sumbangan para penyumbang fi sabilil Lah. Sememangnya "hanya Allah Yang Maha Membalas" budi baik kalian.
.

Lori sedang menurunkan pasir.... kelihatan juga Nahdah Islahiah
.
Semuanya ini diatas satu asas iaitu "kepercayaan". Bagi saya kepercayaan itu amat besar kerana saya tiada kepentingan kecuali mahu menjadi khadam kepada agama tercinta ini sekadar mampu saya 'BERJIHAD". Kebetulan bersempadan tanah tapak masjid ini terdapat 2 buah institusi pengajian agama sebagaimana termaklum.
.
Selepas selesai fasa ke 3 sesi memasukkan pasir ini perancangan seterusnya untuk mengakhiri fasa ini dengan membina lantai pada bulan Syawal nanti.

.
Kemudian, selepas selesai lantai dibina insyaAllah jika ada dana akan memulakan penggalian tanah tapak untuk ruangan struktur masjid seterusnya yang sebanyak 8 bilik yang sekurang-kurang setiap bilik secara umumnya berkeluasan 10 x 15 kaki persegi berjumlah 1200 kaki persegi. [ Secara spesifiknya saya akan maklumkan kemudian kekuasannya ]. InsyaAllah.

.

Akhirnya saya dengan rasa terharu mengucapkan salam persaudaraan dengan doa yang mengharapkan keampunan dan keberkatan keatas pengunjung blog Masjid Uthmani ini samada yang saya kenali atau tidak. Kenal atau tidak .... yang pentingnya kita "BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN". ISLAM... hanya untuk orang yang tidak berkepentingan. Amin.