Selasa, 13 Julai 2010

Masjid Uthmani ... Fasa 3: Masukkan Pasir

Syukur ... semuanya dengan izin Allah. Pada 19 Jun lalu ( 5 Rejab 1431 ) adalah hari terakhir saya bersama blog Masjid Uthmani ini. Hari ini 13 Julai [ 1 Syaaban 1431 H ] saya bersama kembali dengan suatu kesyukuran yang tidak terhingga kerana sebelum cukup sebulan [ 6 hari lagi ] berhenti kerja-kerja pembinaan maka hari ini kerja memasukkan tanah kedalam ruangan bangunan induk Masjid Uthmani [ ruangan solat ] sebanyak 40 lori dengan nilai RM 60 selori menjadikan RM 2400.
Lori sedang menurunkan tanah di ruangan mihrab Masjid Uthmani......20 kaki kehadapan masjid [ di kiri dan kanan kedudukan lori / [kiri dan kanan mihrab ], akan didirikan lagi 8 tiang untuk membentuk struktur asas bilik. [ Suatu masa nanti akan didirikan kayu penanda kedudukan tiang yang akan dibina, insyaAllah ].
.
Dengan rendah diri saya selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani dan AJK mengucapkan "jazakumul Lahu khairan kathira" diatas sumbangan para penyumbang fi sabilil Lah. Sememangnya "hanya Allah Yang Maha Membalas" budi baik kalian.
.

Lori sedang menurunkan pasir.... kelihatan juga Nahdah Islahiah
.
Semuanya ini diatas satu asas iaitu "kepercayaan". Bagi saya kepercayaan itu amat besar kerana saya tiada kepentingan kecuali mahu menjadi khadam kepada agama tercinta ini sekadar mampu saya 'BERJIHAD". Kebetulan bersempadan tanah tapak masjid ini terdapat 2 buah institusi pengajian agama sebagaimana termaklum.
.
Selepas selesai fasa ke 3 sesi memasukkan pasir ini perancangan seterusnya untuk mengakhiri fasa ini dengan membina lantai pada bulan Syawal nanti.

.
Kemudian, selepas selesai lantai dibina insyaAllah jika ada dana akan memulakan penggalian tanah tapak untuk ruangan struktur masjid seterusnya yang sebanyak 8 bilik yang sekurang-kurang setiap bilik secara umumnya berkeluasan 10 x 15 kaki persegi berjumlah 1200 kaki persegi. [ Secara spesifiknya saya akan maklumkan kemudian kekuasannya ]. InsyaAllah.

.

Akhirnya saya dengan rasa terharu mengucapkan salam persaudaraan dengan doa yang mengharapkan keampunan dan keberkatan keatas pengunjung blog Masjid Uthmani ini samada yang saya kenali atau tidak. Kenal atau tidak .... yang pentingnya kita "BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN". ISLAM... hanya untuk orang yang tidak berkepentingan. Amin.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan