Ahad, 1 Ogos 2010

Perjalanan Menuju Rabbi

Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah menganugerahkan dan menambahkan nikmatnya kepada saya yang kerdil ini.

Hari ini, 20 Sya'ban 1431 bersamaan 1 Ogos, 2010 hari Ahad jam 6 petang tadi saya telah melangkah setapak lagi kehadapan dalam dunia IT ini dimana saya telah berjaya mendapat laman web peribadi saya.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa laman web tersebut sememangnya Allah S.W.T. menyediakan untuk saya yang tak diilhamkanNya kepada hamba yang lain. Alamatnya: www.luvalislam.com dengan tema "Perjalanan Menuju Rabbi".

Saya dapati laman web yang hampir sama ialah www.majalah.iluvislam.com dan www.iluvislam.com yang kandungannya banyak memberi maklumat.

Saya meminati majalah luvislam .... syukur kerana hasil dari minat tersebut saya dianugerahkan nama yang istimewa ini. "Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi dari Islam". Maksud al-Hadith...[ terlupa riwayat ! ....akan catat kemudian, insyaAllah ]. Maka tepatlah saya memilih luv [ ringkasan love ... cinta ] alislam. Al-Islam, nama ad-deen anugerah Allah.

Dengan al-Islam saya menuju kepada Tuhan Rabbil 'aalamin. Tema "Perjalanan Menuju Rabbi" adalah idea dari ucapan Nabi Ibrahim ketika menuju ke Mekah dimana baginda berkata, yang bermaksud, "Sesungguhnya aku menuju kepada Tuhanku. Dia akan menunjukki ku" ... dalam Surah As-Shaffaat ayat 99.

Sempena Ramadhan ini saya merancang untuk melancar laman ini. Saya memohon petunjuk dari Allah dan pandangan dari saudara seaqidah dan seperjuangan untuk kita sama-sama melayari 'perjalanan menuju rabbi' yang mencabar ini demi al-Islam.... demi akhirat kita.... demi Allah..... InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan