Khamis, 2 September 2010

Risalah Sumbangan ... Jumaat Terakhir

23 Ramadhan 1431 / 3 September 2010 - Jumaat terakhir Ramadhan 1431.
Solat Jumaat terakhir di Masjid Telipot. Saya menyebar risalah Rayuan Sumbangan Sempena Ramadhan di persekitaran Masjid Telipot. Bila azan Jumaat berkumandang saya terus naik ke masjid.
.
Tercuit hati dengan khutbah khatib bila beliau menyoal apakah ini Jumaat yang terakhir ? Diakhiri dengan harapan sekiranya ditakhdirkan umur masih ada khatib menyeru supaya muslimin sentiasa mengunjungi rumah Allah.
.
Disamping meletakkan di wiper kereta, ada juga yang saya berkesempatan menghulur secara langsung. Saya mulakan dengan secara langsung kepada seorang saudara se'aqidah yang kebetulan ketika saya hendak mula sebar risalah. Jadi dikereta Hondanya kosonglah kerana telah beri kepada tuannya sendiri. Dapat menerangkan secara langsung hal pembinaan dan rayuan ini. Syukur. Terima kasih atas layanan. Antara yang saya katakan kepadanya, "tanggungjawab saya selesai, soal ada rezeki untuk masjid ini, bergantung kepada program kebajikan masing-masing".
.
Diantara yang saya hulurkan langsung ialah seorang doktor yang saya kenali ketika kursus pengawalan dibetik di USM yang saya terlupa tarikhnya. Kalau beliau baca blog ini, saya katakan bahawa, "terima kasih atas kursus tempohari... sejak kursus hari ini saya dapat banyak manfaatnya". Kini saya meminta manfaat dari doktor pula. Harap doktor doakan agar Allah permudahkan usaha saya ini.
.
Di Masjid Telipot ini saya akan datang sekali lagi pada waktu malam untuk menyebarkan risaah ini. Maaflah kalau berulang kepada penerima yang sama. Juga tadinya saya berkesempatan bagi risalah langsung kepada seorang abang yang baru turun dari BMW. Terima kasih kerana menerima dengan manis sampul putih yang saya hulurkan. Ini budi bicara tuan yang baik menyejukkan hati orang yang dhaif ini.
.
Jumaat kali ini ditazkirahkan secara real dengan 'solat jenazah'. Bertuahnya allahyarhamah yang meninggal dunia, berjumpa dengan Allah di bulan rahmat ini. Moga-moga Allah mengampuninya. Amin.
.
Akhir sekali....Seamat memanfaatkan akhir-akhir Ramadhan ini dan terlebih dahulu saya mengucapka terima kasih kepada sekelian penderma atau penyumbang ini. "Tolong saya bina rumah Allah".
.
Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan