Jumaat, 1 April 2011

SB [Silaturrahim Book] dan AB [Akhirat Book]...bantu Masjid Uthmani

ICT.....Nikmat ALLAH SWT Nikmat ALLAH SWT kepada hambaNya sangat banyak, tidak terhingga. Kecanggihan ICT dalam dunia hari ini banyak membantu urusan saya. . Syukur kepada ALLAH SWT. Namun perlu kita ceriakan diri dan minda kita bahawa hakikatnya, ini adalah terlalu amat sedikit, berbanding dengan lautan ilmu ALLAH SWT. yang tidak terhingga. . Moga-moga dengan menggunakan nikmat ALLAH SWT. berserta suatu kesedaran kedhaifan hamba, ALLAH SWT akan menambahkan nikmatnya. Khusus pada saya yang menggunakan nikmat ini bagi memohon tambahan nikmat yang seterusnya. . Terkini, saya menggunakan medan FACEBOOK untuk mengiklan program saya pembinaan MASJID UTHMANI. Menumpang FB saya membuat tema sendiri, 'Rakan FB adalah Rakan AB. ...Yang bermaksud Rakan AB ialah Rakan Akhirat. . Dibawah ini saya paparkan maklumat, berupa gambar dan keterangan untuk difahami oleh sesiapa yang mungkin sampai kepada mereka bahan-bahan ini sebagai perantaran salah satu pendekatan untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan MASJID UTHMANI seterusnya. Insya-ALLAH. Gambar diatas berukuran A4 ialah pelan lantai tapak MASJID UTHMANI yang berkeluasan keseluruhannya 7000 kaki persegi. Ruangan solat dengan lebar 50 kaki persegi dan panjang 60 kaki persegi menjadikan 3000 kaki persegi.

Gambar 4 batang tiang di ruangan solat. Keselurunan binaan tiang yang mengelilingi ruang solat sebanyak 16 batang.


Dipetak atas ialah bangunan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah manakala di petak bawah itu ialah bangunan Sekolah menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak bersempadan dengan tapak pembinaan MASJID UTHMANI.



Gambar diatas ialah keterangan yang lebih jelas tentang kedudukan terkini pembinaan masjid. Ruangan berwarna di pelan pembinaan ini ialah ruangan solat dengan keluasan 3000 kaki persegi yang telah dibina. Juga tiang sebanyak 16 batang telah di bina.


Dibahagian tepi kelihatan nombor dari 1 hingga 8 ialah bilangan bilik di struktur sekeliling Masjid Uthmani yang juga sebahagian dari masjid. Tujuan pembinaan bilik ini ialah untuk:

[1] ketetamuan.

[2] program-program yang melibatkan pengurusan dan pengasingan

[3] bilik untuk mu'takif yang 'beri'tikaf' dibukan Ramadhan.

[4] bilik untuk mereka yang ingin tumpukan taqarrub kepada Allah di Masjid Uthmani

.............atau untuk apa kegunaan yang bersesuaian dengan sebuah masjid.


Kertas diatas diberi tajuk "RAYUAN SUMBANGAN FI SABILILLAH" yang boleh dihulurkan kepada sesiapa kerana terdapat makumat dan persediaan ringkas untuk penderma.

MASJID KAMIL HASAN, Mukim Pendek, Salor. Masjid yang menjadi model Masjid Uthmani. Pelan masjid ini dijadikan pelan Masjid Uthmani dengan ubah suai pada bilik-bilik. Masjid Kamil Hasan terdapat empat bilik manakala Masjid Uthmani terdapat lapan bilik.


Dengan maklumat ringkas ini boleh membantu tuan / puan...muslimin / muslimin... tentang program MASJID UTHMANI.


Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan