Khamis, 30 Jun 2016

SALAM AKHIR RAMADHAN




SALAM JUMAAT 26 AKHIR RAMADHAN 1437

Detik sebagai penghulu hari,  Jumaat hari ini adalah Jumaat yang termahal dan teragung kerana berkesempatan  dengan bulan  Ramadhan, bulan teragung dan penghulu bulan. Bersamaan dengan 1 Julai 2016 M.

Demi untuk memanfat saat akhir Ramadhan dengan kebajikan dan kebaktian saya MEMAKLUM dan MENYERU serta akhirnya MEMOHON agar muslimin muslimat MENGINFAQ untuk dana pembinaan MASJID UTHMANI.

Disertakan disini, nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI :
                                           RHB : 2-53025-0000563-0

Sekisn, terima kasih

Rabu, 4 Mei 2016

DOA DAN HARAPAN



MASJID UTHMANI  terbengkalai sejak 2010. Kini sudah 2016. Bererti enam tahun tiada perkembangan. Sedangkan keperluan  kepada sebuah masjid amat ketara. 

Disebelah MASJID UTHMANI, ada Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah. Pelajar seramai 200 orang.  

Keperluan untuk pelajar yang tinggal diasrama untuk solat amat ketara. Ditambahlagi pihak Yayasan Islam Kelantan yang menjadi pemilik sekolah agama ini menetapkan bahawa pelajarnya wajib solat dzuhur di sekolah. 

Kedudukan sekolah ini yang ketiadaan tempat untuk solat menyebabkan pelajar terpaksa solat didalam ruangan kelas yang dijadikan mussala. Ia suatu yang tidak relevan, paling tidak kerana kesesakan. Justeru, MASJID UTHMANI amat perlu disiapkan.

Saya selaku pemilik tapak MASJID UTHMANI, yang diwakafkan untuk pembinaan masjid ini, yang juga sebagai Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI amat mengalukan sebarang usaha dan langkah untuk kearah pembinaan MASJID UTHMANI.

Sekian.