Khamis, 30 Jun 2016

SALAM AKHIR RAMADHAN




SALAM JUMAAT 26 AKHIR RAMADHAN 1437

Detik sebagai penghulu hari,  Jumaat hari ini adalah Jumaat yang termahal dan teragung kerana berkesempatan  dengan bulan  Ramadhan, bulan teragung dan penghulu bulan. Bersamaan dengan 1 Julai 2016 M.

Demi untuk memanfat saat akhir Ramadhan dengan kebajikan dan kebaktian saya MEMAKLUM dan MENYERU serta akhirnya MEMOHON agar muslimin muslimat MENGINFAQ untuk dana pembinaan MASJID UTHMANI.

Disertakan disini, nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI :
                                           RHB : 2-53025-0000563-0

Sekisn, terima kasih

Rabu, 4 Mei 2016

DOA DAN HARAPAN



MASJID UTHMANI  terbengkalai sejak 2010. Kini sudah 2016. Bererti enam tahun tiada perkembangan. Sedangkan keperluan  kepada sebuah masjid amat ketara. 

Disebelah MASJID UTHMANI, ada Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah. Pelajar seramai 200 orang.  

Keperluan untuk pelajar yang tinggal diasrama untuk solat amat ketara. Ditambahlagi pihak Yayasan Islam Kelantan yang menjadi pemilik sekolah agama ini menetapkan bahawa pelajarnya wajib solat dzuhur di sekolah. 

Kedudukan sekolah ini yang ketiadaan tempat untuk solat menyebabkan pelajar terpaksa solat didalam ruangan kelas yang dijadikan mussala. Ia suatu yang tidak relevan, paling tidak kerana kesesakan. Justeru, MASJID UTHMANI amat perlu disiapkan.

Saya selaku pemilik tapak MASJID UTHMANI, yang diwakafkan untuk pembinaan masjid ini, yang juga sebagai Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI amat mengalukan sebarang usaha dan langkah untuk kearah pembinaan MASJID UTHMANI.

Sekian.  

Jumaat, 20 November 2015

GABUNGAN MASJID dan SEKOLAH


"Al-HamduliLLAH", syukur yang tidak terhingga ....... di maklumkan disini, demi kemajuan keagamaan dan kerohanian bersama. 

Saya telah pun me"WAKAF"kan untuk tapak pembinaan MASJID UTHMANI seluas 7000 kaki persegi. 

Terkini saya me"WAKAF"kan sebahagian dari tanah berhampiran iaitu bersebelahan tapak MASJID UTHMANI untuk dua program keagamaan iaitu ; 
 (i)   Seluas 300 depa untuk sebuah SEKOLAH AGAMA DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH ( SMUDUA-M ) KAMPUNG KOLAM.
(ii)      Seluas 40 x 70 kaki untuk pembinaan PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM ( PASTI ) KAMPUNG KOLAM. 

SMUDUAM telah pun siap dibina berikutan mendapat dana dari bantuan Kerajaan Persekutuan dibawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ), bersama Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Yayasan Islam Kelantan. 

Manakala PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM baru diperingkat asas pembinaan. Saya selalu menghubungi hamba ALLAH SWT agar bantu saya bina MASJID UTHMANI. 

MASJID UTHMANI amat memerlukan kos untuk pembinaan seterusnya. Tuan Puan ...Muslimin Muslimat ... saya telah memaklumkan ... Terserah kepada budi bicara, kepercayaan hati anda kepada saya untuk meWAKILkan sebahagian sedikit dari anugerah ALLAH SWT untuk pembinaan MASJID UTHMANI. 

Tentu sekali anda telah berkebajikan cuma mungkin belum untuk MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM. Belum sampai masa. Bantulah saya .... insyaALLAH ... No hp dan nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI telah tertera diatas. 

 Terima kasih
.... maaf ... ini gambar lama ketika umur 40 ... 

 Sekian


Jumaat, 30 Oktober 2015

SALAM HIJRAH 1437

HIJRAH BERKEBAJIKAN SAMA-SAMA BINA MASJID UTHMANI


MASJID UTHMANI, seperti anda dan kita semua, kini masuk tahun baru 1437 H. Bulan Muharram sudah masuk kehari ke 17. 

Melihat ke tarikh terasa lewat untuk mengucapkan "selamat menyambut tahun baru 1437 H", namun untuk mengucapkan "selamat berhijrah dari keadaan sekarang ke suatu keadaan yang lebih baik", tidaklah lewat. 

Andainya terlewat tarikh dan hari namun  tuntutan, nasihat dan harapan untuk sama-sama berganjak melangkah berbuat kebaikan dan kebajikan tiada had dan akhirannya. 

Dari kefahaman yang sedemikian, saya mengharapkan anda berkebajikan merancang bersama saya membina dan menyiapkan sebuah "rumah ALLAH SWT" yang tergendala pembinannya sejak 2010. 

Bantulah saya membina MASJID UTHMANI. Ia AMAT MEMERLUKAN BANTUAN.

Disamping itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada hajjah dan haji yang "baru jadi" haji dan hajjah yang selamat tiba ditanah air tercinta setelah bermujahadah untuk bersama membina rukun Islam dalam diri masing-masing.



Sekian. 

Terima kasih

Selasa, 23 Jun 2015

MASJID UTHMANI ucapkan "Selamat Menghayati Anugerah Ramadhan"


Ramadhan 6, 1436 ...telah berlalu. Kita, SYUKUR kehadrat Ilahi dengan anugerah NYA, kita masih bersama Ramadhan. Harapan, setelah hampir seminggu saya yang baru nak menyesuaikan diri dengan Ramadhan kerana masalah kesihatan, rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan "Selamat Menghayati Anugerah Ramadhan" . 

Saya pernah sebut dalam penyampaian tazkirah saya bahawa, "BERTUAH mereka yang sihat untuk bermujahadah di bulan yang mulia ini". Namun, keluasan rahmat NYA, ALLAH SWT menganugerahkan juga "tuah kepada yang lemah kesihatannya asalkan berbuat sesuatu walau 'sedikit mujahadah'... dengan ikhlas dan tidak melakukan penderhakaan, maksiat kepada ALLAH SWT.  
PALING PENTING tidak derhaka...tidak syirik dan tidak melakukan maksiat kepadanya. Jika ditanyakan, apakah ibadat yang paling utama di bulan Ramadhan ? Jawabnya, jangan kata qiamulail, jangan kata baca al-Qur'an, jangan kata bersedaqah, jangan kata selawat dan apa-apa zikir tapi katakanlah "menjaga kesempurnaan as-syiam". 

Wajib difahami sejelasnya bahawa "MENJAGA KESEMPURNAAN AS-SYIAM" itu dengan maksud ringkasnya ialah "menjaga dari melakukan perkara yang HARAM". 

Paling utama, dari segi feqah, wajib menjaga jangan terbatal puasa. Apatah lagi sengaja meninggal dan membatalkan puasa. Sehari meninggalkan puasa Ramadhan, tidak sama walau untuk digantikan dengan puasa seumur hidup. 

Bagi mengelakkan diri dari melakukan yang haram, dosa dan maksiat itu diri hendaklah disi kukuhkan keimanan dengan ibadat-ibadat yang besar kelebihannya. 

DENGAN PENUH HORMAT, bagi menyempurnakan ibadat wajib, as-syiam ini jagalah NIAT dan KEIKHLASAN.... juga bersedeqahlah, berinfaqlah dijalan ALLAH SWT bagi mengikuti keperibadian Rasulullah SAW yang memperbanyakkan sedaqah pada bulan Ramadhan al-Mubarak. 

Banyak tempat dan peluang untuk anda beribadat INFAQ dijalan ALLAH SWT ini. Saya mencadangkan agar anda membantu membina sebuah masjid yang tergendala pembinaannya, MASJID UTHMANI.


Anda boleh memasukkan langsung di akaun atas nama MASJID UTHMANI di RHB atau di CIMB. Program terkini, saya berhajat dalam bulan Ramadhan ini akan dapat mengumpulkan DANA bagi membeli barangan asas sebagai PERSEDIAAN pembinaan seterusnya. MEMAKLUM DAN MEMINTA TOLONG "DENGAN NAMA ALLAH ...." 

Terima kasih. 


Sekian. 

Dari saya saudara anda dijalan ALLAH



FIKRI BIN AWANG 
Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI 
013-99 764 99 

Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.    

FB : [1] Ustaz Fikri Kelantani [2] Masjid Uthmani [3] Sahabat Imarah Masjid Uthmani. 
Di twitter sebagai " Fikri_Awang " 

Juga di laman web : 
[1] http://fikriawang.com dan
[2] http://ustazfikrikelantani.blogspot.com

Terima kasih.

Selasa, 10 Februari 2015

MASJID UTHMANI mencari penderma

MASJID UTHMANI perlukan penyumbang bagi meneruskan pembinaan yang tergendala sejak 2010. Dengan ini saya MEMAKLUM dan MEMOHON sedikit DERMA JIHAD .... sumbangan dari anda sekelian bagi meneruskan pembinaan ini. No akaun telah tersedia. Banyak lagi dana berbentuk material dan nilai RM diperlukan. Sehingga sekarang telah menggunakan kos RM 60 ribu. Di sini, melalui laman web MASJID UTHMANI ini saya terus terang, "DENGAN NAMA ALLAH.... " MEMOHON dari anda sekelian. Diluar sana saya hanya MEMAKLUM. Tidak memohon, hanya memberitahu dengan kata-kata, "tak beritahu tak tahu". Jadual berkebajikan, INFAQ fi sabililLAH tentu dalam jadual kebajikan peribadi anda. Disini, saya MEMOHON dan MEMAKLUM anda, bukan hanya MEMAKLUM saja. Tolong saya bina masjid ini.
Saya merancang untuk menghubungi langsung anda melalui sms dan sebagainya. Terkini, saya aktifkan FB saya di akaun nama : "Ustaz Fikri Kelantani" dan "Masjid Uthmani" .... Saya akan menghubungi anda, MEMAKLUM dan MEMOHON. Yang telah saya hubungi, disini saya ucapkan "Terima kasih atas kesudian melayari laman web MASJID UTHMANI"... "Selamat Berkenalan" ... "Selamat INFAQ fi sabiliLLAH" ... "bina RUMAH ALLAH SWT " ..."Selamat berUKHUWWAH ISLAMIAH". Aameen. Sekian. Terima kasih. Saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG : 013 99 764 99 Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Khamis, 22 Januari 2015

Makluman MASJID UTHMANI . . .mohon bantuan

MASJID UTHMANI. . .diasaskan pembinaan pada Disember 2007. Kemudian diikuti fasa kedua pada 2010. Selepas 2010, sehingga ini tiada lagi pembinaan....tergendala. Kenapa tidak meneruskan pembinaan ? . . . semua layak bertanya demikian walaupun secara logiknya telah tahu jawapannya paling mudah . . .masalah DANA. .. Untuk meneruskan ke fasa seterusnya memerlukan sekurangnya RM 100 ribu. Kini, telah menelan kos RM 60 ribu. Keseluruhan kos dianggarkan RM 700 kerana perkiraan mudah perancangan plan seluas 7000 kaki persegi. Mungkin jika diperincikan melebihi kos itu.
MASJID UTHMANI terletak di Kampung Kolam. Alamat lengkap, KAMPUNG KOLAM terletak berhampiran Pekan Melor. Dari sudut sempadan kawasan pilihanraya Kampung Kolam terletak dalam kawasan Parlimen Bachok dan di bawah Dewan Undangan Negeri Jelawat. Alamat surat menyurat ialah, MASJID UTHMANI, KAMPUNG KOLAM, 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN. Dari saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG. PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI. 013-9976499