Khamis, 8 Oktober 2009

RAYUAN SUMBANGAN DI JALAN ALLAH

SURAT TERBUKA
Untuk "B a n i U t h m a n" diseluruh tanah air Malaysia tercinta.

Assalamu 'alaikum warahmatul Lahi wabarakatuh



Moga-moga semuanya berada dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia bersama keluarga serta perjuangan hidup didunia yang sementara ini.


Saya, FIKRI BIN AWANG anak kepada Allahyarhamah Hajjah Che Jah, cucu Tok Teh Awang dan cicit Tok Ayah Osman.....samada yang mengenali saya atau sebaliknya, ....juga kepada anak cucu cicit Tok Ayah Osman yang saya kenali atau tidak.....saya bersyukur kerana dapat berhubung dilaman ini dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. dalam hidup didunia ini sebagai bekal dihari pertemuan dengan NYA suatu hari nanti.


Samada kita sedar atau tidak, Tok Ayah Osman mempunyai anak yang bernama Awang, Daud dan Lijah. Kesemuanya telah meninggal dunia dan dikebumi di tanah perkuburan Kampung Kolam.


Awang (Tok Teh Awang) mempunyai 2 orang anak iaitu Hajjah Che Jah (ibu saya) dan Muhammad. Ibu saya telah meninggal dunia pada 21 November 2007 dan Muhammad masih ada dan menetap di Kampung Kolam.


Haji Daud (saya panggilnya Ayah Haji) mempunyai anak seramai 5 orang (3 lelaki dan 2 perempuan -)


Lijah mempunyai 2 anak lelaki. Lijah yang paling awal meninggal dunia.


Kesemua nama-nama yang disebut mempunyai anak dan cucu yang boleh dinamakan "Bani Uthman".


Saya mempunyai pandangan bahawa kesemua anak cucu Tok Ayah Osman perlu mengetahui bahawa saya sedang membina masjid diatas sebahagian tanah peninggalan Tok Ayah Osman kita.


Berdasarkan maklumat dan kefahaman ini saya yakin bahawa anak cucu cicit Tok Ayah Osman akan berusaha untuk berbuat kebajikan diatas tanah tok nenek kita ini. Kalian juga boleh niatkan sumbangan untuk sesiapa saja yang telah meninggal dunia sebagai tanda ingatan dan ihsan kita kepada mereka yang telah meninggalkan kita di dunia ini.


Dengan sedikit gambaran yang diberikan ini akan menjadi sebab untuk kita semua berkebajikan dan untuk kenal mengenali dengan lebih erat lagi. Moga-moga kalian boleh membantu


Dengan kurniaan dan anugerah Allah kepada kita semua, kita bersatu bersefahaman dan berkebajikan yang menjadi harapan tok nenek moyang kita ditanah peninggalan mereka ini.


Kita jumpa lain kali dan diatas sumbangan kalian semua saya hanya dapat ucapkan "Hanya Allah Yang Maha Membalas dengan sebaik-baik balasan kepada kalian semua"


Sekian

10:40 pagi - Jumaat - 9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430.


Isnin, 5 Oktober 2009

SUMBANGAN DIPERLUKAN

SURAT TERBUKA
U n t u k P a r a S a h a b a t K u Y a n g D i K a s i h i ...diseluruh negara Malaysia tercinta

Assalmu 'alaikum warahmatul Lahi wa barakatuh

Moga-moga sahabatku semua berada dalam keadaan yang menggembirakan, tenang dan bahagia bersama keluarga tercinta serta penghayatan perjuangan hidup ini.
Saya, FIKRI sebagaimana yang sahabatku sekelian kenali bersyukur kerana dapat bersua dalam laman ini dengan tujuan untuk sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t.
Setelah pulang ke tanah air dari pengajian di Mekah pada akhir 1999, maka pada akhir tahun 2007 mengasaskan MASJID UTHMANI di kampung saya, Kampung Kolam.
Sekarang saya sedang berikhtiar untuk meneruskan pembinaan masjid ini. Sekarang terdapat 2 institusi pengajian ditanah bersebelahan tapak masjid. Ringkasnya, murid-murid di pusat pengajian tersebut akan mengimarahkan masjid ini.
Rasanya tidak perlu saya sebut disini apa program seterusnya dalam hubungan untuk mengimarah masjid ini. Cuma secara umum saya katakan bahawa saya akan mendidik anak bangsa seagama saya di kampung ini selaku saya sebagai anak jati Kampung Kolam.
Besarlah harapan saya agar sahabat-sahabat yang di kasihi dapat membantu saya membina masjid ini. Pandangan dan buah fikiran juga saya nantikan untuk melicin dan memudahkan urusan yang besar ini.
Kalau sahabat-sahabat dapat membantu kadar yang mampu sedikit seorang dari kurniaan Allah s.w.t. tentunya akan terkumpul jumlah RM yang diharapkan.
Untuk FASA KEDUA yang memerlukan RM 30 ribu ini saya namakan "DANA SAHABAT" untuk membina tiang 20 batang, tambahan tapak setinggi 2 kaki dan struktur asas bahagian atas binaan masjid.
Harap-harap mendapat perhatian dan segala jasa baik, bantuan dan buah fikiran terlebih dahulu saya ucapkan "Moga-moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan atas jasa baik saudara sahabatku sekelian"
Sekian
Akhukum Fil Lah......
FIKRI al-Kulami
8 pagi - Jumaat - 9 Okt, 2009.


Masjid Kamil Hasan, Salor yang menjadi contoh pelan MASJID UTHMANI dengan sedikit pengubahsuaian serta penambahan di ruangan kiri, kanan sebanyak 4 bilik dan 2 menara dibahagian depan dan belakang masjid




PELAN PEMBINAAN MASJID UTHMANI, KG KOLAM.


pandangan dari sebelah kiri / kanan

pandangan dari belakang


pandangan dari bumbung



bahagian dalam