Jumaat, 17 Disember 2010

Tergendala Perancangan - Perancangan Tergendala

Musim Hujan
.
Pembinaan lantai tak dapat dilaksanakan kerana musim hujan. Mudah saja untuk difahami. Orang di Kelantan bersedia mengulas dengan panjang lebar bila sebut musim tengkujuh. Kata orang Kelantan, "tak lih wat go satu".
.
Benar sungguh, malas cari masalah....lori lekat [terkandas] dalam lumpur yang dicipta tayar lori dengan bebanan yang berat. Lori buyung.... Apa ? Lori 'buyung ?'... Lori yang memuatkan simen mixture... Saya pun tak pandai nak sebut dengan tepat antara yang difahami dan istilah itu.
.
InsyaAllah, kita rehat dulu. Sambil cari dana...sambil kumpul dana dalam RHB dan CIMB. Kalau sesiapa yang nak berkebajikan, tolonglah masukkan money atau ongkos atau pulus atau paisa kedalam akaun bank tersebut yang saya paparkan nombor akaun disini.
RHB : 2-53025-0000563-0
atau
CIMB: 0301-0004030-20-5

Ringkasnya saya nak sebut disini dengan ayat yang paling pendek.....
"Tolonglah, kita pakat bina masjid"
.
Sekian.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Masjid Uthmani...Bina Lantai

Terkini ... sebelum pembinaan lantai Masjid Uthmani



Kelihatan dalam gambar yang tertera ruangan solat seluas 50 x 60 kaki persegi dengan dikelilingi 10 batang dari 16 batang tiang. Juga kelihatan pasir halus memenuhi ruangan solat. Kelihatan berlatarbelakang Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam.
.
Esok, Ahad - 31 Oktober, 2010 pihak pengurusan pembinaan Masjid Uthmani akan meneruskan jadual pembinaan dengan membuat persiapan untuk pembinaan lantai diruangan solat.
.
Seramai 7 orang pekerja akan membuat persiapan untuk jadual ini. Susunan kerja adalah seperti berikut:
[1] Memasang kayu sebagai benteng / penyekat simen konkrit setinggi 6 inci.
[2] Memotong besi setiap satu sepanjang 4 kaki untuk pengikat BRC dengan besi kerangka bing.
[3] Meratakan pasir
[4] Membuat ukuran paras lantai.
.
Hari ini telah memesan bahan yang diperlukan untuk kerja esok iaitu:
[1] Simen 20 kampit berharga RM 17.50 sekampit berjumlah semua RM 350.00.
[2] Dawai 3 gulung berharga RM 14.00 segulung berjumlah semua RM 42.oo
[3] Paku 2 inci panjang 1 kotak dengan harga RM 38.00 sekotak
[4] Paku 2 setengah inci 1 kotak dengan harga RM 38.00 sekotak
[5] Besi 3 hun licin 30 batang berharga RM 550.
Jumlah keseluruhan RM 1018.00
.
Moga-moga diberkati Allah.
.
Jika ada hamba Allah ingin menyumbang untuk pembinaan Masjid Uthmani sila salurkan ke akaun MASJID UTHMANI. InsyaAllah.

Ahad, 26 September 2010

Persiapan Fasa Ke 3

Ahad - 17 Syawal, 1431 / 26 September, 2010
Jentolak diatas tapak masjid...diruangan solat untuk memasuk dan meratakan pasir...
.
Hari ini kerja membuat persiapan untuk meneruskan ke fasa ketiga pembinaan masjid. Kerja memasukkan pasir halus ke tapak ruangan solat Masjid Uthmani dengan menyewa jentolak sebanyak RM 350 sehari.
Dari arah luar ruangan masjid.....

Tidak jauh bezanya fikiran saya dan juga AJK Masjid Uthmani. Kami merancang untuk memasukkan pasir kedalam ruangan solat untuk membuat lantai dan tandas adalah kerana mahu menghidupkan masjid.
Walaupun ruangan atap masih belum siap saya dan AJK merancang bila siap lantai pihak pengurusan masjid akan mendirikan khemah paling tidak untuk solat 5 waktu....insyaAllah

Gambar diambil dari celah pagar Darul Ulum Al-Muhammadiah
menghala ke kerangka Masjid Uthmani

.

Khamis, 2 September 2010

Risalah Sumbangan ... Jumaat Terakhir

23 Ramadhan 1431 / 3 September 2010 - Jumaat terakhir Ramadhan 1431.
Solat Jumaat terakhir di Masjid Telipot. Saya menyebar risalah Rayuan Sumbangan Sempena Ramadhan di persekitaran Masjid Telipot. Bila azan Jumaat berkumandang saya terus naik ke masjid.
.
Tercuit hati dengan khutbah khatib bila beliau menyoal apakah ini Jumaat yang terakhir ? Diakhiri dengan harapan sekiranya ditakhdirkan umur masih ada khatib menyeru supaya muslimin sentiasa mengunjungi rumah Allah.
.
Disamping meletakkan di wiper kereta, ada juga yang saya berkesempatan menghulur secara langsung. Saya mulakan dengan secara langsung kepada seorang saudara se'aqidah yang kebetulan ketika saya hendak mula sebar risalah. Jadi dikereta Hondanya kosonglah kerana telah beri kepada tuannya sendiri. Dapat menerangkan secara langsung hal pembinaan dan rayuan ini. Syukur. Terima kasih atas layanan. Antara yang saya katakan kepadanya, "tanggungjawab saya selesai, soal ada rezeki untuk masjid ini, bergantung kepada program kebajikan masing-masing".
.
Diantara yang saya hulurkan langsung ialah seorang doktor yang saya kenali ketika kursus pengawalan dibetik di USM yang saya terlupa tarikhnya. Kalau beliau baca blog ini, saya katakan bahawa, "terima kasih atas kursus tempohari... sejak kursus hari ini saya dapat banyak manfaatnya". Kini saya meminta manfaat dari doktor pula. Harap doktor doakan agar Allah permudahkan usaha saya ini.
.
Di Masjid Telipot ini saya akan datang sekali lagi pada waktu malam untuk menyebarkan risaah ini. Maaflah kalau berulang kepada penerima yang sama. Juga tadinya saya berkesempatan bagi risalah langsung kepada seorang abang yang baru turun dari BMW. Terima kasih kerana menerima dengan manis sampul putih yang saya hulurkan. Ini budi bicara tuan yang baik menyejukkan hati orang yang dhaif ini.
.
Jumaat kali ini ditazkirahkan secara real dengan 'solat jenazah'. Bertuahnya allahyarhamah yang meninggal dunia, berjumpa dengan Allah di bulan rahmat ini. Moga-moga Allah mengampuninya. Amin.
.
Akhir sekali....Seamat memanfaatkan akhir-akhir Ramadhan ini dan terlebih dahulu saya mengucapka terima kasih kepada sekelian penderma atau penyumbang ini. "Tolong saya bina rumah Allah".
.
Terima kasih.

Isnin, 23 Ogos 2010

RISALAH RAYUAN SUMBANGAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....

Akaun MASJID UTHMANI:
RHB ; 2-53025-0000563-0
atau
CIMB ; 0301-0004030-20-5
Risalah Rayuan Sumbangan

Setelah dilancarkan saya terus menjalankan kerja secara sederhana gerak kerjanya. Kebetulan solat di Masjid Jamek Batu 11 dekat Nilam Puri saya meletakkan di beberapa buah kereta. InsyaAllah ada harapan untuk membuah hasil untuk Masjid Uthmani.

.

Saya yakin Allah melembutkan hati-hati mereka yang beriman untuk infak fi sabililLAH kerana saya menggunakan bahasa "RAYUAN". Saya hanya merayu kepada orang beriman.

.

Saya mengambil sikap dengan meletakkan di kereta dimasjid-masjid di waktu solat. Dalam melangkah kaki naik ke masjid saya kepilkan dikereta mereka yang dikira bertuah menerima panggilan jihad infak fi sabililLah.

Dikereta siapa ni ???????????????????????????



Hanya dengan tiga orang yang saya temui langsung untuk beri sampul putih itu. Bagi saya itu nasib baik mereka. Sengaja saya ke kliniknya kerana isteri saya pernah menerima rawatan darinya.
.
Keduanya kepada bekas guru saya di sebuah sekolah swasta di Kota Bharu yang kebetulan terserempak dengannya di Pekan Ketereh. Seorang lagi orang yang saya tidak kenali tetapi saya katakan kepadanya, "saya terasa nak beri kepadanya".
.
Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada penyumbang secara langsung kepada saya di Royal Guest House dan di Masjid Jamek Batu 11 yang saya tak perlu sebut namanya disini. Kisahnya akan saya sebut nanti. InsyaAllah.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Minta Tolong...Rayuan Sumbangan Sempena Ramadhan

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI

NOMBOR AKAUN ATAS NAMA
"MASJID UTHMANI"
RHB : 2-53025-0000563-0
atau
CIMB : 0301-0004030-20-5

'minta tolong....pakat tolonglah...nak minta tolong siapa lagi kalau tidak kepada orang beriman...

"BUAT RUMAH ALLAH"

..tawakkaltu 'alalLah

PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI
Nama sebenar :
FAKRI BIN AWANG [ nama i/c]
.
Nama lain : FIKRI
Panggilan dikalangan sahabat :
USTAZ FIKRI KOLAM
.
Panggilan dikalangan keluarga / dikampung : PAK CU HAJI
.
Boleh dihubungi :
H/p: 016-986 4599
.
Keluarga terdekat :
[1] Haji Awang [ayahanda ]
[2]Abdul Rahman Bin Awang.
[h/p: 012 - 4738458 ]
[ abang ] Tinggal di Taman Sari, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.


Ahad - 12 Ramadhan 1431 / 22 Ogos 2010.
Syukur kehadrat Allah....saya diizinkan Allah dapat melancarkan risalah RAYUAN SUMBANGAN FI SABILILLAH ....SEMPENA RAMADHAN....untuk pembinaan
Masjid Uthmani.
Dalam risalah 'RAYUAN SUMBANGAN FI SABILILLAH' yang diedarkan tidak terdapat gambar Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani kerana diganti dengan maksud ayat al-Quran: Ayat 261 - Surah Al-Baqarah, iaitu;
"BANDINGAN (DERMA / INFAK) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH IALAH SAMA SEPERTI SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI, TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DAN ALLAH MAHA LUAS ( RAHMAT) KURNIANYA, LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUANNYA"...maha benar firman ALLAH S.W.T.
.
Saya mengacarakan [ diri saya] untuk pelancaran risalah dengan solat Isyak di Masjid Muhammadi Kota Bharu.
.
Ketika hendak memulakan solat terawih saya memulakan pengedaran "Dengan Nama Allah...."
menghulurkan kepada seorang yang
saya panggil 'abang haji' yang berada disebelah kanan saya ketika solat.
.
Dengan maksud saya melancarkan / memulakan pengedaran diatas masjid, iaitu MASJID MUHAMMADI.
.
Saya katakan kepada abang haji, "Maaf saya bukan nak ganggu abang haji. Saya nak lancarkan pengedaran minta derma pembinaan masjid ditanah saya, dikampung saya....saya pilih abang haji untuk menerima risalah yang pertama sebagai simbolik pelancaran malam ini. Untuk menderma atau tidak itu bergantung kepada kepercayaan abang haji dan program kebajikan abang haji".

.
Begitulah, tercapai matlamat untuk melancarkan diatas Masjid Muhammadi. Jangan faham saya mengumumkan dengan pembesar suara masjid.
.
Abang haji itu nampaknya faham maksud saya. Saya kira beliau bertuah kerana beliau yang pertama dipilih oleh Allah.
.
Saya berserah kepada Allah. Samada abang haji memasukkan duitnya kedalam akaun Masjid Uthmani atau tidak saya tidak fikir. Itu bukan urusan saya. Itu urusan abang haji dengan hartanya dan dengan Allah dan akhiratnya.
.
Saya melakukan ikhtiar memaklumkan saja dan minta tolong lalu berserah kepada Allah. Hati manusia adalah dibawah ketentuan Allah. Cuma Ramadhan ini adalah peluang bagi hati-hati yang beriman untuk menyahut hadiah dan bonus dari Allah.
.
Lalu saya turun dari masjid terus ke medan tempat letak kereta diruanganantara Masjid Muhammadi dan Bazar Tengku Anis. Saya mengedarkan risalah sebanyak 99 helai dalam sampul putih. Cukup 99 helai saya naik keatas Masjid Muhammadi untuk solat terawih.
.
Baki yang satu lagi saya berazam untuk bagi kepada hamba Allah diatas masjid yang seperti saya ...lewat solat terawih. Syukur saya dapat menghulurkan risalah bersampul putih itu diatas masjid dan saya terus solat terawih.
.
Pagi subuh tadi, dalam perjalanan untuk solat subuh di Masjid Muhammadi sekali saya menghulurkan 20 helai sampul putih yang mengandungi risalah minta tolong RAYUAN SUMBANGAN. Seperti malam tadi saya letakkan di wiper kereta. Pagi ini dari arah medan depan Muzium Istana Jahar menghala ke Masjid Muhammadi.
.
Khusus kepada sekelian hamba Allah yang menerima kertas ini, "terima kasih kerana membaca dan memahami maksud saya....tambah faham jika melayari laman blog ini dan facebook MASJID UTHMANI yang juga saya daftarkan semalam selepas solat terawih".
.
Juga keduanya khusus kepada penerima risalah
RAYUAN SUMBANGAN, mungkin akan menerima
lagi sampul putih yang mengandungi risalah itu
kerana saya mungkin akan datang lagi ke
Masjid Muhammadi untuk solat Isyak
dan solat terawih.
.
Akhir kata saya hanya ingin sebut ringkas, "Tolong amba buat masjid atau amba minta tolong, percayalah saya akan beramanah dengan harta yang diinfak ini"...insyaAllah. Besar hati saya untuk menyiapkan masjid ini


Saya akan solat zohor di Masjid Muhammadi lagi...insyaAllah.

Kepada yang telah menginfak saya terlebih dahulu mendoakan "jazakumulLAHu khairan kathira" ... "terima kasih banyak-banyak ... budi tuan / puan tak terbalas"

Boleh hubungi saya untuk meningkatkan ukhuwwah dikalangan kita. Amin

SELAMAT BERRAMADHAN

Sekian...1:10 tghari.







Selasa, 3 Ogos 2010

Perancangan Fasa 3 Pembinaan Masjid Uthmani

BERLATAR BELAKANG
TAPAK MASJID UTHMANI DAN BANGUNAN DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH
Rabu - 4 Julai, 2010

Untuk PEMBINAANMASJID UTHMANI Fasa Ke 3 nanti beberapa barangan utama di perlukan.
Barangan tersebut ialah:

[ 1 ] BESI jenis Y20 atau 6 hun bunga
Jumlah 1 tan sebanyak 34 batang
Harga 1 tan RM 2,350.oo
Perlu 5 tan
.............Nilai : RM 11,750.00/

[ 2 ] BESI jenis R 5.8 atau 2 hun ( ling )
Jumlah 1 tan 320 batang
Harga 1 tan RM 2,700.00/
Perlu 2 tan
.............Nilai : RM 5,400.00/

[ 3 ] BESI jenis R10 atau 3 hun licin
Jumlah 1 tan sebanyak 138 batang
Harga 1 tan RM 2,400.00/
Perlu 2 tan
..............Nilai : RM 4,800.00/
[ 4 ] BESI Y16 atau 5 hun bunga


Jumlah 1 tan 54 batang
Harga 1 tan RM 2,350.00/
Perlu 2 tan

..............Nilai : RM 4,700.00/
.
[ 5 ] BESI Y12 atau 4 hun bunga




Jumlah 1 tan sebanyak 96 batang
Harga 1 tan RM 2,350.00/
Perlu 3 tan
............Nilai Kos : RM 7,500.00/
.
[ 6 ] BRC A5 / 10 Milimeter
Harga 1 bidang RM 76.00/
Perlu 26 bidang
............Nilai Kos : RM 1,976.00/





[ 7 ] Bata Press
Harga 1000 yunit RM 240.00/
Perlu 20 ribu yunit
...........Nilai Kos : RM 4,800.00/
.
[ 8 ] Simen
Harga 1 kampit RM 16
Perlu 300 kampit
...........Nilai Kos : RM 4,800.00/
.
[ 9 ] Pasir
Harga 1 lori RM 130
Perlu 30 lori
..........Nilai Kos : RM 3,900.00/

[ 10 ] Batu Kerikil 3 suku
Perlu 40 tan : RM 1,000.00
Tambang : RM 320.00
..........Nilai Kos : RM 1,320.00/

[ 11 ] Gaji Pekerja
Seorang pekerja gaji 1 hari kerja : RM 65
4 orang pekerja
Kerja 1 minggu : RM 260.00
Jangkaan Masa Kerja: 3 bulan ( 90 hari )
..........Nilai Kos Gaji : RM 23,400.00/

..................................HARGA KOS KESELURUHAN :
.......RM 74,346.OO /.........

.
SUMBANGAN TUAN / PUAN BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN................

................"MASJID UTHMANI"

................:CIMB : 0301-0004030-20-5 ....

atau

................:RHB : 2-53025-0000563-0...

RAMADHAN BERSAMA LAGI TAHUN INI.....
AL-HAMDULIL LAH.....
.....KITA SAMA-SAMA BERKEBAJIKAN
DAN BERKEBAKTIAN
.....UNTUK ISLAM TERCINTA

















....insyaAllah....














Ahad, 1 Ogos 2010

Perjalanan Menuju Rabbi

Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah menganugerahkan dan menambahkan nikmatnya kepada saya yang kerdil ini.

Hari ini, 20 Sya'ban 1431 bersamaan 1 Ogos, 2010 hari Ahad jam 6 petang tadi saya telah melangkah setapak lagi kehadapan dalam dunia IT ini dimana saya telah berjaya mendapat laman web peribadi saya.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa laman web tersebut sememangnya Allah S.W.T. menyediakan untuk saya yang tak diilhamkanNya kepada hamba yang lain. Alamatnya: www.luvalislam.com dengan tema "Perjalanan Menuju Rabbi".

Saya dapati laman web yang hampir sama ialah www.majalah.iluvislam.com dan www.iluvislam.com yang kandungannya banyak memberi maklumat.

Saya meminati majalah luvislam .... syukur kerana hasil dari minat tersebut saya dianugerahkan nama yang istimewa ini. "Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi dari Islam". Maksud al-Hadith...[ terlupa riwayat ! ....akan catat kemudian, insyaAllah ]. Maka tepatlah saya memilih luv [ ringkasan love ... cinta ] alislam. Al-Islam, nama ad-deen anugerah Allah.

Dengan al-Islam saya menuju kepada Tuhan Rabbil 'aalamin. Tema "Perjalanan Menuju Rabbi" adalah idea dari ucapan Nabi Ibrahim ketika menuju ke Mekah dimana baginda berkata, yang bermaksud, "Sesungguhnya aku menuju kepada Tuhanku. Dia akan menunjukki ku" ... dalam Surah As-Shaffaat ayat 99.

Sempena Ramadhan ini saya merancang untuk melancar laman ini. Saya memohon petunjuk dari Allah dan pandangan dari saudara seaqidah dan seperjuangan untuk kita sama-sama melayari 'perjalanan menuju rabbi' yang mencabar ini demi al-Islam.... demi akhirat kita.... demi Allah..... InsyaAllah.

Melangkah Lagi

Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah menganugerahkan dan menambahkan nikmatnya kepada saya yang kerdil ini.

Khamis, 29 Julai 2010

Bantuan Derma Jihad Di Perlukan

Jumaat esok pagi, 30 Julai 2010 kerja mengangkut pasir kedalam tapak masjid diruangan solat akan dilakukan dengan jentolak yang disewa khas dengan RM 350 sehari.
.
Seterusnya sumbangan amat diperlukan untuk pembinaan Fasa Ke 3. Oleh yang demikian jangan lupa nombor akaun Masjid Uthmani:


CIMB Islamic Bank :

0301-0004030-20-5

atau

RHB Islamic Bank :

2-53025-0000563-0

insyaAllah ... Ramadhan al-mubarak yang dinantikan akan menemui kita semua untuk
BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN

Saya dengan penuh syukur kepada Allah S.W.T. mengucapkan "jazakumulLahu khairan kathira" diatas kesudian hamba Allah yang ingin mencari keredhaanNya dengan mengeluarkan sebahagian harta yang disayangi.

Kepada yang masih belum berjihad berinfak fi sabililLah melalui Masjid Uthmani saya tidak kecewa malah sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar anda sekelian bersama saya Memakmurkan Bumi Allah membina Masjid Uthmani suatu masa nanti kerana kita semua memahami bahawa infak fi sabililLah adalah suatu amalan yang mulia dan digalak serta dituntut oleh RasuulLah S.A.W. Mungkin anda ketika ini menjadi penderma atau penyumbang tetap di tempat lain. Masjid Uthmani menungggu giliran, insyaAllah. Amin

Sabtu, 17 Julai 2010

Masjid Uthmani - ratakan timbunan tanah

Gambar-gambar dihari tanah dimasukkan ditapak Masjid Uthmani

Dari tengah-tengah ruangan solat kelihatan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah

Dari arah mihrab Masjid Uthmani kelihatan Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam
.
Masjid Uthmani dirancang supaya lantainya tinggi empat kali dari paras tanah. Bila dibina tinggi maka ia memerlukan tanah atau pasir untuk memenuhi ruangan lantai.
.
Tujuan dibina tinggi adalah untuk: [ 1 ] Mengelakkan ketidakselesaan jika kawasan persekitarannya dinaiki aiar khususnya pada musim tengkujuh pada bulan Disember hingga Februaru setiap tahun. [ 2 ] Ketidakselesaan besar kemungkinan berlaku bukan saja kerana musim tengkujuh tetapi kerana kedudukan status saliran persekitaran yang tidak terancang kerana menjadi "budaya dikampung" yang berada ditahap "masing-masing jaga kawasan masing-masing" [ 3 ] Bersetuju bahawa jika masjid dibina tinggi maka keselesaan dari segi pengudaraan yang lebih bebas dan keberkesanan menerima udara luar.
.
Untuk meratakan timbunan tanah saya mengambil keputusan untuk tarakan sendiri tanpa mengupah jentolak kerana ingin menjimatkan kos. Sewa jentolak satu hari RM 350. Lagi pun jika diratakan menggunakan tenaga sendiri untungnya "keluar peluh" hasil dari bina dan urus tanah masjid.

.
Lagi pun masa bukannya terdesak kerana perancangan untuk bina permukaan lantai ialah pada bulan Syawal nanti. Lagi pun kewangan atau dana Masjid Uthmani amat terhad setelah pembinaan tiang dan bing beberapa minggu lalu yang telah menelan kos RM 22 ribu.

Selasa, 13 Julai 2010

Masjid Uthmani... Sekilas Pandang

Masjid Penarik, Setiu, Terengganu.


Masjid yang diasaskan strukturnya oleh Kerajaan PAS ....2004 yang disambung dan disiapkan pembinaannya oleh KerajaanBN semasa Datuk Idris Jusuh al-Jertihi menjadi Menteri Besar.


Syukur ... Dengan izin Allah fasa ke 2 hampir selesai. Kini saya sedang memikirkan bagaimana untuk mengakhiri fasa ini dengan membina lantai. Setelah sesi memasukkan tanah selesai beberapa kerja teknikal perlu dilaksanakan iaitu:


(1) Meratakan tanah sehingga baki 1 kaki dari aras lantai.


(2) Memasukkan pasir bersih untuk mengelakkan anai-anai 'menguasai' di tapak masjid. [Anai-anai tidak bina 'istana' nya di ruangan berpasir ]


(3) Membina lantai simen setebal 6 inci. [ Tidak termasuk seramik yang akan di pasang diakhir pembinaan ].


.


Mulai pagi hari ini nanti , Rabu 14/07/2010 saya akan meratakan tanah di tapak Masjid Uthmani, insyaAllah.

Kolah disalah sebuah masjid yang saya selalu .... Kotor tu tanda apa ? ..... Banyak tandanya !

Kolah.....suatu masa dulu kolah penting untuk berwudhu' tapi kini seolah tak di perlukan kerana arus pembangunan moden... Saya mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan 'moden' tadi dimana saya tidak menolak langsung kepentingan kolah dan kelebihannya. Oleh itu saya mahu mengadakan kedua-duanya iaitu kolah dan paip. Kalau boleh saya mahu mengembalikan suasana " 'sedap' ambil air sembahyang dengan kolah", kata orang tua-tua dengan bersama berprogram "hari kolah" .... paling tidak jimat bayaran bil air.

.

Bunyi mudah saja, "alah tak payah fikir, tak payak nak jimat-jimat, biasalah sekarang guna air paip". Dengan saya mengutarakan contoh ucapan sedemikian saya yakin kalian sudah fahami maksud ucapan itu. Tapi ingat ! tanpa perancangan kewangan yang teloiti dan rapi sesetengah masjid mengalami kesukaran untuk membayar bil letrik dan bil air sehingga menimbulkan masalah dikalangan ahli jamaah. "Masa bayar bil....semua diam, masa guna tak sedar diri" ... Orang-orang tua amat faham suasana begini..

.

Dalam sejarah hidup saya, kolah di Madrasah Haji Wan Abdullah Kampung Kolam dan di Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang [ Pondok Kolam ] antara yang terawal saya kenali.




Masjid Uthmani ... Fasa 3: Masukkan Pasir

Syukur ... semuanya dengan izin Allah. Pada 19 Jun lalu ( 5 Rejab 1431 ) adalah hari terakhir saya bersama blog Masjid Uthmani ini. Hari ini 13 Julai [ 1 Syaaban 1431 H ] saya bersama kembali dengan suatu kesyukuran yang tidak terhingga kerana sebelum cukup sebulan [ 6 hari lagi ] berhenti kerja-kerja pembinaan maka hari ini kerja memasukkan tanah kedalam ruangan bangunan induk Masjid Uthmani [ ruangan solat ] sebanyak 40 lori dengan nilai RM 60 selori menjadikan RM 2400.
Lori sedang menurunkan tanah di ruangan mihrab Masjid Uthmani......20 kaki kehadapan masjid [ di kiri dan kanan kedudukan lori / [kiri dan kanan mihrab ], akan didirikan lagi 8 tiang untuk membentuk struktur asas bilik. [ Suatu masa nanti akan didirikan kayu penanda kedudukan tiang yang akan dibina, insyaAllah ].
.
Dengan rendah diri saya selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani dan AJK mengucapkan "jazakumul Lahu khairan kathira" diatas sumbangan para penyumbang fi sabilil Lah. Sememangnya "hanya Allah Yang Maha Membalas" budi baik kalian.
.

Lori sedang menurunkan pasir.... kelihatan juga Nahdah Islahiah
.
Semuanya ini diatas satu asas iaitu "kepercayaan". Bagi saya kepercayaan itu amat besar kerana saya tiada kepentingan kecuali mahu menjadi khadam kepada agama tercinta ini sekadar mampu saya 'BERJIHAD". Kebetulan bersempadan tanah tapak masjid ini terdapat 2 buah institusi pengajian agama sebagaimana termaklum.
.
Selepas selesai fasa ke 3 sesi memasukkan pasir ini perancangan seterusnya untuk mengakhiri fasa ini dengan membina lantai pada bulan Syawal nanti.

.
Kemudian, selepas selesai lantai dibina insyaAllah jika ada dana akan memulakan penggalian tanah tapak untuk ruangan struktur masjid seterusnya yang sebanyak 8 bilik yang sekurang-kurang setiap bilik secara umumnya berkeluasan 10 x 15 kaki persegi berjumlah 1200 kaki persegi. [ Secara spesifiknya saya akan maklumkan kemudian kekuasannya ]. InsyaAllah.

.

Akhirnya saya dengan rasa terharu mengucapkan salam persaudaraan dengan doa yang mengharapkan keampunan dan keberkatan keatas pengunjung blog Masjid Uthmani ini samada yang saya kenali atau tidak. Kenal atau tidak .... yang pentingnya kita "BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN". ISLAM... hanya untuk orang yang tidak berkepentingan. Amin.













Jumaat, 18 Jun 2010

Plan Lantai Masjid Uthmani

Masjid Uthmani.... Akan Masukkan Pasir Dan Buat Lantai

Sabtu - 5 Rejab 1431 bersamaan 19 Jun 2010

Pembinaan kerangka [ bing ] atas selesai. Ruangan kosong tanpa bing ialah ruangan mihrab. Didepan mihrab ini akan dibina laluan dan tempat ambil wudhu. Dikiri dan kanan mihrab akan dibina bilik. . Semua ini akan di bina dalam fasa akan datang. Diharap dana pembinaan akan dianugerah Allah dan diharap pembinaan seterusnya akan dapat dilakukan pada Syawal nanti. Bererti dalam masa tiga bulan [ Rejab, Syaaban dan Ramadhan ] ini usaha mencari dana perlu dilipat gandakan. Itulah... Masjid Uthmani Mohon Bantuan Fi Sabilil Lah dari para dermawan.

.
Setelah kerja-kerja pembinaan kerangka [ bing ] atas selesai maka urusan pembinaan tertumpu kepada 2 perkara iaitu:
[ 1 ] Memasukkan pasir kedalam tapak seluas 3750 kaki pesegi dan
[ 2 ] Membina lantai simen diruangan solat.
.
Harapnya dana untuk kedua-dua perkara itu akan dikurniakan Allah. Jangkaan masa untuk memasukkan pasir akan selesai sebelum Ramadhan dan untuk pembinaan lantai akan dibuat pada bulan Syawal nanti.
.
Jika kurniaan Allah dengan dana yang mencukupi maka kerja fasa ketiga akan di lakukan untuk menggali tapak binaan masjid seterusnya.

Rabu, 16 Jun 2010

Masjid Uthmani....Fasa Kedua Kos Mencecah RM 30 ribu

Bangsal pekerja ini akan rehat 3 bulan; Rejab, Syaaban dan Ramadhan....insyaAllah selepas Eid-ul-Fitri kerja pembinaan fasa ketiga disambung






Dari arah belakang ....


Sebelah kanan / kiri mihrab yang akan dibina ruangan bilik
seluas 20 kaki kehadapan

Ruangan solat seluas 3000 kaki yang akan dimasukkan

pasir sebagai asas lantai

Khamis - 4 Rejab 1431 bersamaan 17 Jun 2010.


Setelah 7 minggu, hari ini pembayaran gaji yang terakhir maka pembinaan Masjid Uthmani fasa kedua hampir berakhir. Tinggal lagi untuk menyempurnakan fasa kedua ini ialah kerja-kerja memasukkan pasir kedalam ruangan solat berkeluasan 3000 kaki di bangunan induk masjid. Seterusnya diakhri dengan pembinaan lantai.


Atau kerja-kerja memasukkan pasir hingga pembinaan lantai itu di masukkan ke fasa ketiga. Kos semua untuk pembinaan lantai bukan sikt belanjanya. Anggaran pasir sebanyak sekurang-kurang 100 lori diperlukan.


Kemudian, lantai memerlukan simen yang telah dibancuh dengan lori buyung ... Berapa lori diperlukan entahlah...

Selasa, 15 Jun 2010

Masjid Uthmani...mengakhiri pembinaan di fasa kedua

Rabu - 3 Rejab 1431 bersamaan 16 Jun 2010

Dari salah satu sudut dalam Masjid Uthmani kelihatan Darul Ulum Al-Muhammadiah. Kelihatan tiang Masjid Uthmani berukuran 16 x 16 inci dan kerangka atas yang baru selesai dibuang kotak tapi satu 'kayu T' masih melekat bagi membantu berat kerangka dari kemalangan yang tidak diingini.Jiran Masjid Uthmani ..... Madrasah Tahfiz Nadhah Islahiah [ MTNI ] sedang dalam persiapan terakhir untuk 'membuka cahaya wahyu'. Hanya mereka yang mengerti saja yang bersyukur akan anugerah ini kepada Kampung Kolam dan Islam khususnya. "Kampung kita tanggungjawab kita dan agama kita tanggungjawab kita". Kita sama-sama 'BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN' demi Islam tanpa sebarang kepentingan dunia. InsyaAllah
Suasana yang segar nyaman ..... Dari sudut kiri bahagian depan Masjid Uthmani kelihatan MTNI
Hari ini kotak ini di konkrit.... ruangan terakhir yang mengakhiri pembinaan fasa kedua. Selepas ini tertumpu kepada kerja memasukkan pasir. Selepas masukkan pasir.... pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti kerja pembinaan berhenti rehat untuk mencari dana bagi pembinaan fasa ketiga...insyaAllah. InsyaAllah selepas Eid-ul-Fitri nanti pembinaan fasa ketiga akan diteruskan.
Tempat kosong [ tak berumput ] itu adalah tempat berdiri imam solat waktu solat. Dalam pembinaan fasa ketiga nanti dihadapan ruangan imam akan dibina seluas 20 kaki lagi untuk ruangan laluan antara bilik sebelah kiri dan kanan ruangan mihrab serta dalam ruangan seluas 20 kaki tersebut terdapat ruangan untuk mengambil wudhu.

BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN
Kerja-kerja memasukkan pasir diruangan solat akan di lakukan selepas kerja pembinaan kerangka siap dibina dan selepas pembersihan ruangan solat tersebut dari sisa-sisa paku. Banyak paku-paku yang menyusahkan lori nanti.










Rabu, 9 Jun 2010

Hari Pembayaran Gaji

Sebagaimana minggu-minggu yang lalu, hari ini adalah hari akhir kerja bagi kerja-kerja pembinaan. Pihak pengurusan Masjid Uthmani hari ini mengeluarkan gaji kali keenam sejak pembinaan berjumlah RM 1,065 dikeluarkan.
.
Gaji tiap seorang pekerja berbeza. Ada yang berjumlah RM 65.00 seorang dan ada yang RM 55 dan ada yang RM 45. Kalau seorang pekerja bekerja penuh enam hari seminggu [kecuali hari Jumaat ] bererti kalau gaji harian RM 65 maka minggu kerja tersebut berjumlah RM 390.
.
Kadang-kadang disebabkan perkara penting yang tak dapat dielakkan mereka cuti. Kadang-kala berlaku sebagaimana minggu ini, pada hari Sabtu lalu mereka semua cuti. Bererti mereka kerja hanya lima hari saja minggu ini.
.
Demi kebajikan, pada setiap hari Khamis saya bukan saja bayar gaji, tetapi saya juga beri bonus dengan sedikit tambahan dari gaji untuk gembirakan pekerja. Dapatlah mereka menjamu selera sesama mereka.
.
Urusan masukkan pasir ditapak ruangan solat belum dapat dilaksanakan kerana keadaan basah di Kelantan. Bila hujan pada malam hari maka kerja mengambil tanah di bukit tergendala. Lori tak dapat masuk untuk mengangkut tanah kerana keadaan licin di tapak [ di bukit ] tempat tanah di ambil. Kita tunggu keadaan mengizinkan. Insyaallah.
.
Kepada setia penderma yang mengambil peluang berkebajikan saya hanya mengharapkan balasan dari Allah untuk mereke semua. Adatnya saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada setiap penderma.
.
Wassalam.

Khamis, 3 Jun 2010

Hampir Mengakhiri Fasa Kedua

Ruangan penjuru kanan dibahagian dalam Masjid Uthmani. Kelihatan benteng [ bing ] setinggi 2 kaki yang perlu diisi dengan pasir untuk persiapan lantai [ ruangan solat ] seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang.
Saya bersama Tuan Haji Ibrahim Saman, Pengerusi Masjid Perpaduan Ummah Kampung Kolam yang menziarahi tapak pembinaan
Masjid Uthmani

Gambar ini salah satu yang akan dicetak untuk 'pemplet' bagi tujuan 'RAYUAN DERMA DAN SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID UTHMANI'
Dari jarak jauh...16 batang tiang yang dibina.... Syukur, tepat sebagaimana yang dirancang, pada bulan Jun tiang 16 batang siap...

Hari ini, pihak pengurusan seperti hari-hari yang lalu, mengeluarkan dana untuk pembayaran gaji untuk pekerja pembinaan Masjid Uthmani seramai empat orang. Minggu ini jumlah RM 1,240 dikeluarkan.
InsyaAllah mulai minggu depan 6 Jun hingga10 Jun untuk jadual pembinaan kerangk atas sebagaimana yang dapat dilihat dalam gambar pada tiang sebalah kiri diatas