Rabu, 28 April 2010

Pusingan Pertama Fasa Ke 2

Assalamu 'alaikum kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat ku seaqidah dan seagama.

RAYUAN SAYA .... SAYA MERAYU .... MEMOHON RAYUAN

Saya memohon bantuan dari anda sekelian untuk membina MASJID UTHMANI. Satu lagi rumah Allah akan didirikan di muka bumi ini.

Tema "Bersama Memakmurkan Bumi Allah" insyaAllah akan mendapat kerjasama dari sanak saudara dan sahabat-sahabat yang punya VISI AGUNG yakni AKHRAT. Kepada Allah saya bertawakkal.

Ambillah perhatian ..... Nombor akaun MASJID UTHMANI.

RHB [ Islamic Bank ] :
2-53025-0000563-0
dan

CIMB [ Islamic Bank ] :


0301-0004030-20-5



Setiap tiang menggunakan besi Y12 sebanyak 6 dan 8 batang

Kelihatan sebatang besi kerangka tiang pertama telah dinaikkan.



Gambar ini diambil pada petang Rabu 28 April, 2010.


Al-Hamdulillah, syukur pada Allah, kerja pembinaan berjalan lancar. Sejak hari Sabtu lalu 24 April kerja berjalan lancar kecuali hari Ahad dan Isnin kerana hujan lebat.

Dijangka pada minggu depan, selewat-lewatnya hari Selasa [ 4 Mei ]
akan "konkrit" kerangka tiang ini menjadi tiang
PERTAMA

Hari ini hari Khamis, di Kelantan, dah menjadi peraturan dimana saja kerja-kerja pembinaan pada hari Khamis adalah hari pembayaran gaji.
Hari ini keluar RM 880 keluar untuk bayaran gaji pekerja. Ada hamba Allah suka berderma atau mengeluarkan 'benda' seperti besi, kayu atau simen kerana mereka memahami bahawa benda seumpama itu [ besi, kayu, simen ] kekal.

...

Saya ingin mengalih perhatian sikit, bahawa wang tunai adalah penting juga dan besar fadhilatnya kerana tanpa wang tunai untuk bayar gaji pekerja segala bentuk dan benda yang nak di tegakkan tak dapat dilaksanakan. Wang adalah perantaraan untuk menyiapkan segala benda meterial yang telah dibelidan dirangka.

...

Marilah kita bersama aktifkan akaun "MASJID UTHMANI" dari dana yang telah dianugerahkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki [ Ar-Razzaq ] untuk simpanan tetap yang akan di buka hanya di akhirat di depan Allah nanti.

...

Amin

Selasa, 27 April 2010

Perjalanan Persiapan

Kerja-kerja persiapan adalah urusan pihak pentadbir. Pindah 'mix-ture' dari tempat simpanan ke tapak pembinaan. Juga pindah pasir dan batu. Sewa jentolak memakan masa hampir 2 jam dari jam 5 petang hingga 6 lebih kena bayar RM 100.





Sentiasa mengharapkan rahmat Allah

Isnin, 26 April 2010

Fasa Ke 2... tambah rancak

Isnin - 27 April, 2020

Empat pekerja bersatu hati dan berpadu tenaga bekerja untuk Fasa Ke 2. Pihak pentadbir merancang untuk menambah dana .... Saya selalu sebut secara mudah untuk menjayakan Fasa Ke 2 memerlukan dana tak kurang RM 10 ribu dan tak lebih RM 15 ribu. Lihat kertas kerja.

Kerja rancak berjalan.....insyaAllah tiada masalah....
Mat sedang membelokkan Y10
Gabungan besi Y10 dan Y12 membentuk struktur yang gagah sebagai tapak kepada mana -mana bangunan.

Dari sebelah sini dulu tiang akan didirikan...insyaAllah

Disini di bahagian sebelah Darul Ulum Al-Muhammadiah

Kerja memotong besi Y12... dengan gunting manual memerlukan tenaga yang kuat
Pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2 masuk hari kedua. Semalam pekerja cuti kerja kerana hujan lebat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Rahmat




Jalan belakang Darul Ulum Al-Muhammadiah bersempadan tapak Masjid Uthmani
sebelum dan selepas di tar. Hanya Allah Yang Maha Membalas orang yang mengetar













Mix-ture second hand, beli dengan harga RM 1500
Kerja pembinaan tergendala kerana hujan. Setelah berbulan-bulan kemarau, hari ini hujan. Diruang ini saya memuatkan gambar-gambar sekitar tapak Masjid Uthmani.

Jumaat, 23 April 2010

Masjid Uthmani - Memulakan Fasa Ke 2

Dengan Nama Allah... kerja pembinaan Masjid Uthmani dimulakan dengan penuh keyakinan bahawa ini adalah antara usaha untuk kearah VISI AGUNG KEHIDUPAN MUKMIN

Al-HamdulilLah, syukur .... Allah S.W.T. memakhbulkan doa. Hari ini, memulakan kerja-kerja pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2.

Ayahanda bersama Zamri Mak Kah Ketereh .... waris ayahanda di Ketereh. Zamri As-Sokori yang mengetuai pembinaan Masjid Uthmani.

Suatu penghormatan dari ayahanda. Ayahanda datang ke tempat pembinaan, merestui kerja-kerja ini. Tanpa pengorbanan ayahanda, tiada saya seperti hari ini. Ini semua adalah kerana doa ayahanda.Bonda yang tiada, telah pergi selamanya.
Ayahanda lahir tahun 1924. "Sama tua dengan Tun Dr. Mahathir", kata saya kepada pekerja pembinaan pagi tadi. Masih gagah dan bersemangat untuk berkebajikan "bina masjid". "Kalau boleh nak tengok juga sebalum mati" kata ayahanda.

Ayahanda bersama Mat Bukit Awang ... pekerja pembinaan.

Juga suatu penghormatan kepada sekelian penderma dan penyumbang yang telah menyumbang diatas kepercayaan kepada saya dan pasukan kerja Masjid Uthmani walaupun antara kita tidak kenal mengenali. Hanya Allah Yang Maha Membalas. Saya doakan anda sekelian di murahkan rezeki; umur panjang / kewangan mantap / ibadat bertambah / hati tenteram dengan zikrullah / sayangkan Islam / cintakan Rasulullah dan rindukan Allah. Amin
Dari sebahagian penjuru Masjid Uthmani. Gambar menghadap ke SMUDU Al-Muhammadiah. Di atas binaan bata itu akan dinaikkan lagi 2 kaki dana tiang sebanyak 16 batang. Dari penjuru ini ke sebelah kanan akan dibina bilik seluas 10 x 15 kaki. Doakan muga-muga Allah permudahkan urusan ini.

Pasukan kerja, empat orang pekerja berpadu tenaga
bersatu berjihad berkebajikan

Kena ukur ... tak boleh main agak-agak !

"Dan TOLONG-MENOLONGlah kamu atas dasar KEBAJIKAN dan TAQWA"...... anai-anai berjaya membina istananya dengan berasaskan tolong-menolong .... Anai-anai, mengangkut tanah sebesar biji pasir pada malam hari. Di pagi hari kelihatan tanah baru yang masih basah telah diresmikan untuk dijadikan tempat berlindung mereka. SubhanalLAH ! Mari kita mencontohi mereka.... insyaAllah.

Masjid Uthmani - Satu Lonjakan Bersama Wak Al-Banjari

Jumaat - 23 / 04 / 2010 -



Menara Masjid Kamil Hasan.....
model Masjid Uthmani

No . Akaun MASJID UTHMANI ...
RHB: 2-53025-0000563-0

Pagi tadi 'usrah mabrur' [ http://usrahmabrur.blogspot.com/ ] jalan jambatan Salor -Tendung. Jambatan yang di bina semasa Datuk Ibrahim Ali menjadi Timbalan Menteri. Ini sebahagian jasa Datuk Ibrahim Ali. Kata orang, diantara yang mengkayakan Datuk Ibrahim Ali ialah jambatan ini. Berapa untung beliau tak tahu ! Untung !.... bukannya.......

Saya sempat merakamkan suasana dipersekitaran Masjid Kamil Hasan dari arah jambatan ini. Sebelum ini gambar Masjid Kamil Hasan diambil dari arah depan dan dalam masjid saja.

Sempat juga saya melihat dari arah belakang Pusat Khidmat DUN Salor Cantik dan indah yang menggambarkan ada "kerjasama" dan "infak". Diharap pihak PAS kawasan lain juga sepatutnya telah ada bangunan seumpama ini sebagai pusat kebajikan dan segala kerja Islam.
Bangunan sebesar itu cukup dengan 5 batang kayu balak cengal saja !

Selepas solat jumaat, saya menerima sms dari blogger Wak Al-Banjari, pengendali lamab blog ' http://politikbanjar.blogspot.com/ '.
Tertera discreen h/p. saya "Alhamdulillah, banner telah siap dipautkan ke blog" Lagi tercatat, "jihad kerana Allah...semoga dimudahkan urusan mulia ini dari Allah SWT". Saya segera ke laman "politikbanjar". Syukur... Tanpa pertolongan Allah .... dan akh Wak, saya tidak akan sampai ketahap ini.

Khusus kepada akh Wak al-Banjari:
Saya mengucapkan "jazakumulLahu khairan kathira" diatas kesudian akh menolong saya dalam kerja ini. Saya dengan ini menjemput akh Wak ke Kelantan dan minta sampai ketapak pembinaan Masjid Uthmani ini suatu hari nanti...insyaAllah.

Bertambah semangat saya untuk menjalankan kerja agama ini bila tercatat perkataan "jihad" . Sememangnya demikian. tanpa roh jihad maka kerja agama tak dapat dilaksanakan. Ia kering seumpama tanah kering air di musim kemarau. Tanah luas terbentang tapi tak dapat menghasilkan sesuatu. Lalu orang sebut "tanah terbiar"
Khusus kepada mereka yang punya harta yang di anugerahkan oleh Allah. Untuk menyuburkan diri anda supaya tidak jadi "manusia terbiar" seumpama "tanah terbiar" tadi, maka derma / sumbangan jihad harta adalah salah satu caranya.

Budak tu nama Ahmad Fathi Rabbani, 7 tahun.
Berdiri depan mimbar Masjid Jamek Salor
MASJID JAMEK SALOR..... bersebelahan kubur
....susunan dari Allah untuk ingatkan mati setiap kali ke masjid
Dalam perjalanan pulang singgah di Masjid Jamek Salor. Terkenang pada tahun 1985, saya kali pertama "keluar" bersama jamaah tabligh 3 hari bersama Ustaz Zamri Ghazali [ sekarang pensyarah di Akedemi Islam Universiti Malaya di Nilam Puri ]

Gambaran hasil kerja JIHAD si anai-anai... "ta'awun" dan "infak".

'Ya Allah, tolonglah kami para pejuang kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Penolong"
WalLahu A'lam






























































Rabu, 21 April 2010

Melawat Masjid Kamil Hasan

Hari ini, selepas makan pagi, bersama Saudara Zamri, Mat Jerteh dan Mad Jar ke Mukim Pendek. Tujuan kesini ialah untuk menambah maklumat tukang yang akan memulakan pembinaan Fasa Ke 2 sedikit masa lagi.

Perbezaan antara Masjid Uthmani dengan Masjid Kamil Hasan ialah pada bilik-bilik yang terdapat di bangunan masjid. Di Masjid Uthmani terdapat 4 bilik dikiri dan kanan. Setiap bilik seluas 15 kaki panjang dan 10 kaki lebar.

Dibahagian belakang terdapat 2 bilik dan depan masjid juga terdapat 2 bilik. Menjadikan keseluruhan bilik-bilik di bangunan Masjid Uthmani ialah 6 bilik. Manakala Masjid Kamil Hasan hanya terdapat 4 bilik saja.

Banyak kegunaan bilik-bilik ini. Saya bercadang untuk memperluas konsep "homestay" dan "inn" kepada masjid. Jadikan masjid sebagai tempat yang "mesra ramai" . Hari ini masjid terikat dengan amalan lama. Fungsinya hanya sebagai tempat solat dan belajar ilmu agama semata sedangkan tidak demikian.

Masjid adalah tempat menyatukan manusia. Moga-moga dengan adanya "pekej" yang demikian maka Masjid Uthmani menjadi satu diantara masjid yang mempunyai unsur perpaduan yang kemas dan berperancangan.

Umum Rancangan Fasa Ke 2

Masjid Pasar Pengkalan Chepa
Masjid Jamek.......Kuantan [ dilihat dari arah Shezan Hotel, jam 6:45 pagi ]
Malam ini, seperti biasa kuliah mingguan saya di Masjid Ar-Rahim Sokor, Kok Lanas. Saya mengumumkan kepada ahli jamaah bahawa Fasa Ke 2 akan di buat Sabtu ini, 24 April 2010.

Saya semacam tidak sabar untuk melihat tiang berdiri tegak di tapak Masjid Uthmani. Saya menjangkakan, jika siap tiang 16 batang ini, pembinaan Masjid Uthmani akan laju pembinaannya. Orang ramai dijangka akan bertambah minat untuk infak...... InsyaAllah

Entah mengapa saya terfikir begitu. Oleh yang demikan saya harap anak beranak, sahabat handai hulurkan segera bantuan kewangan atau sebarang bentuk kebendaan bagi mencapat matlamat pembinaan ini.