Sabtu, 29 Mei 2010

Lewat bayar gaji.... sibuk

TERKINI: Tercapai, diizinkan Allah hampir lengkap fasa ke 2 ...
[1] Dari keseluruhan tiang sebanyak 16 batang di bangunan induk masjid iaitu ruangan solat, kini telah siap 15 batang.
[2] Ruang solat seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang dengan ketinggian 2 kaki memerlukan 150 lori pasir kasar. Dengan selori pasir RM 130 x 150 lori memerlukan kos RM 19,500.
DANA RM 19,500.00/ SEDANG DICARI UNTUK PASIR RUANGAN SOLAT
NOMBOR AKAUN MASJID UTHMANI :...
RHB : 2-53025-0000563-0
DAN
CIMB : 0301-0004030-20-5..
Hari ini pihak pengurusan MASJID UTHMANI mengeluarkan RM 1,100.oo bagi pembayaran gaji tukang seramai 4 orang untuk kali yang ke-5 yang sepatutnya diselesaikan Khamis lalu untuk kerja mereka minggu lepas dari 22 Mei hingga 27 Mei, 2010.
.
Kerana sibuk dengan urusan anak saudara saya yang tak dapat dielakkan saya telah memohon maaf kepada pihak. Saya menegaskan Khamis lalu kepada Haji Mad, bos kepada tukang-tukang Masjid Uthmani, "bukan tak ada pulus tapi tak ada kesempatan, insyaAllah hari Ahad ini akan dibereskan" iaitu hari ini. Syukur.

Rabu, 26 Mei 2010

Pembinaan Masjid Uthmani

Dari arah masjid kelihatan berbunbung hijau "pondok mabruur"

Besi ukuran Y12 ini harganya RM 2680 bagi satu tan



Besi kerangka dalam setiap tiang


Berlatar belakang Darul Ulum Al-Muhammadiah Tiang 10 batang didirikan



Rabu - 25 Mei, 2009
.

Terasa nikmatnya 'fadhlan' bilamana usaha kerja kita dipermudahkan oleh Allah. Hari ini pasukan tukang membina tiga batang tiang lagi. Bererti masih enam batang tiang yang masih belum di dirikan.
.

Enam batang tiang lagi nampaknya akan siap minggu depan. Tepat sebagaimana perancangan yang diistiharkan bahawa pada Jun nanti tiang 16 batang siap....insyaAllah

Ahad, 23 Mei 2010

Hal Ehwal Pembinaan

Pembayaran Gaji Pekerja
.
Bekerja setiap minggu enam hari. Hari jumaat tidak bekerja. Seorang pekerja [ Mohammad ] bergaji harian RM 65 sehari. Dua pekerja [ Abdul Wahab dan Lotfi ] bergaji harian setiap seorang RM 55 sehari. Seorang pekerja [ Roslan ] bergaji harian RM 45 sehari.
.
Kini telah empat kali pembayaran gaji pekerja pembinaan seramai empat orang telah berjumlah keseluruhannya RM 4,410.00. Moga-moga Allah S.W.T. menerima kesemuanya ini sebagai amalan soleh.
.
Semua yang terlibat ; dari pekerja binaan, penderma dan pihak pentadbir. Tidak ketinggalan tuan punya asal tapak masjid ini dari Haji Uthman kepada Haji Awang kepada ibunda tercinta Hajjah Che Jah yang kesemuanya telah 'berpindah negeri' ... pulang ketempat asal.... "hanya Allah Yang Maha Memberi ganjaran" . Amin.
.
Juga tidak ketinggalan kepada semua yang menyokong pembinaan masjid ini dari segi moral dan sangka baik anda sekelian, "hanya Allah Yang Maha Membalas"
.

Khamis, 20 Mei 2010

Masjid Uthmani .... Pembayaran gaji kali ke 4

Khamis - 20 / 05 / 2010
.
Akaun MASJID UTHMANI:

RHB : 2-53025-0000563-0

atau

CIMB : 0301-0004030-20-5

Sebenarnya...... ini juga akaun akhirat anda....insyaAllah dan akaun akhirat saya. Kita sama-sama menjadi penyumbang akaun ini untuk akhirat kita. Amin
.








Akaun MASJID UTHMANI menerima sumbangan..."Hanya Allah Yang Maha Membalas"


Pembayaran gaji fasa ke 2 / 2010 - kali ke 4

- khamis - 20 Mei 2010.

Selasa, 18 Mei 2010

Pembinaan Masih Di Fasa Kedua

Selasa - 17 Mei, 2o1o ....TERAKHIR .... Tiang 6 batang telah selesai didirikan ... semuanya dengan izin Allah.

Esok akan kelihatan tiang yang di buang kotaknya


Kelihatan disebelah kanan kerangka besi.
Esok kerangka besi itu akan ditutup untuk
di konkrit...insyaAllah
Tapak hampir siap dan pembinaan tiang telah siap 6 batang dari 16 batang keseluruhan banguan induk MASJID UTHMANI. Harapnya pembinaan tiang sebanyak 10 batang lagi akan siap dalam minggu depan, insya Allah.

Ahad, 16 Mei 2010

RAYUAN MOHON SUMBANGAN


Saya mengharapkan 'kepercayaan' saudaraku muslimin / muslimat menghulurkan bantuan kepada saya untuk DANA PEMBINAAN MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM.

NO. AKAUN MASJID UTHMANI
RHB: 2-53025-0000563-0
atau
CIMB: 0301-0004030-20-5

Kini pembinaan FASA KEDUA [ binaan tapak setinggi 2 kaki dan tiang sebanyak 16 batang ] hampir selesai. Lalu kerja pengumpulan dana untuk FASA KETIGA sedang diusahakan.

Saya akan bentangkan KERTAS KERJA KEPERLUAN FASA KETIGA ... InsyaALLAH dalam masa terdekat.

Harap-harap mendapat perhatian dari mereka-mereka yang ingin mencari keredhaan Allah, "Memakmurkan Bumi Allah"

Antara kerja yang saya rasa penat ialah ketika jadual konkrit....iaitu memasukkan simen dalam kotak tiang...menggunakan cara manual....angkat baldi yang dipenuhi simen...berat !














Masjid Uthmani bersedia menerima sebarang bentuk sumbangan untuk fasa ke-3

TERKINI


Saya memohon bantuan fisabilillah untuk pembinaan masjid uthmani

Selasa, 11 Mei 2010

Bukti... Moga2 Terbukti Dgn PertolonganNya

Pengerusi Masjid Uthmani di tapak pembinaan ...
Kalau ada apa-apa hubungi saya 016-9864599
Setiap tiang berukuran 16 inci dengan menggunakan simen sebanyak 4 hingga 5 kampit



Mat sedang buang kotak tiang
Selasa - 26 J.Awwal, 1431 bersamaan 11 Mei, 2010...Syukur...saya panjatkan kalimah suci kehadrat Allah S.W.T. diatas nikmat dan anugerahNya.
.
Hari ini dua batang tiang induk Masjid Uthmani berukuran 16 inci telah siap di buka dari kotak yang dikokkrit semalam.
.
Ini suatu bukti dari kata-kata saya bahawa di Fasa Ke 2 ini matlamatnya untuk dirikan tiang 16 sebanyak batang. Walaupun dua batang, ini adalah bukti kata-kata, "insyaAllah diakhir bulam Mei ini akan siap tiang 16 batang".
.
Perancangan diizinkan Allah. Selepas siap tiang 16 batang, kalau nak 'stop sekejap' pun boleh. Maksud 'stop sekejap' andainya kehabisan dana.... tak ada ongkos berhentilah. Kalau ada dana tak adalah 'stop sekejap'. Kalau boleh tak ada 'stop' walau sekejap. InsyaAllah.
.
Kepada Allah bertawakkal.

Sabtu, 8 Mei 2010

Masjid Uthmani ... pembinaan tiang

Kerja bina tiang ini empat batang ini mungkin memakan masa
kerja minggu ini [ 9 hingga 13 Mei, 2010 ]
... jangkaan saja yang tak ada kena mengena dengan apa-apa
Tinggi kotak tiang 13 kaki. Tinggi seseluruhan hingga ke siling semuanya 18 kaki


Ahad - 24 J.Awwal, 1431 bersamaan 9 Mei, 2010.

Pembinaan Tiang

Kerja pembinaan tiang di mulakan dengan mendirikan kotak berukuran 16 inci denga ketinggian 13 kaki.
Kata Abdul Wahab, tukang masjid ini bahawa tiang di empat penjuru didirikan terlebih dahulu. Teknik ini adalah untuk mempastikan ketepatan ukuran di setiap penjuru dan kekuatan setiap tiang yang lain.

Cuaca panas terik sekarang...pagi-pagi begini sedap diatas merasa angin sejuk waktu pagi

Jumaat, 7 Mei 2010

Fasa Ke 2... 'buka kotak' kali pertama

saya.....pada 01 Jun 1987 ......Ketika ini berkhidmat di Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara ...
kepada kawan-kawan lama yang mengenali diri saya, saya memohon jasa baik akh sekelian bantu saya untuk bina MASJID UTHMANI... kita berkawan dunia akhirat.... Amin
.

Pembinaan sepanjang 65 kaki menggunakan 18 kampit simen
Baru selesai sebelah ... kini pekerja akan buat pembinaan tiang pula

Sabtu - 23 J.Awwal, 1431 bersamaan 8 Mei, 2010 kerja 'buka kotak', suatu istilah pembinaan bagi tukang-tukang dan kontraktor di Kelantan dimana kerja 'buka kotak' sememangnya buka kotak yang digunakan untuk menyempurnakan konkrit bagi tapak atau tiang dalam pembinaan.
Hari ini mungkin persiapan untuk 'buat kotak' bagi tiang-tiang. Sekurang-kurangnya untuk dua kotak akan disiapkan, insyaAllah.

Kerja sehingga ini berjalan lancar. Pihak pengurusan dan pihak pekerja memainkan peranan masing-masing. Perbincangan selalu hidup sebagai gambaran fikiran penuh dengan usaha untuk mencari keredhaanNya, "memakmurkan bumi Allah" denga bina MASJID UTHMANI.

Jangan lupa akaun MASJID UTHMANI di RHB dan CIMB.

Pembayaran Gaji Kali Ke 2


Khamis - 21 J.Awwal, 1431 bersamaan 6 Mei 2010

Kali ini saya fokus kepada 'pembayaran gaji keli ke-2'. Kali ke 2 ini sebanyak RM 1220.

Rabu, 5 Mei 2010

Fasa Ke 2, sessi konkrit




Syukur, hari ini 21 J.Awwal, 1431 bersamaan 6 Mei, 2010 pasukan kerja Masjid Uthmani masih berada dalam Fasa Ke 2. Sessi hari ini ialah konkrit kerangka tapak.
Tenaga di kumpul kaki di hayun langkah untuk mencari keredhaan Allah.

Ahad, 2 Mei 2010

Perkembangan Masjid Uthmani

Saya memohon dan merayu kepada saudara / saudari, tuan / puan, Dato' / Datin moga-moga bersama saya membina Masjid Uthmani. Kini berada di fasa ke 2. Saya sedang berfikir bagaimana untuk fasa ke 3 nanti.





Kotak untuk konkrit dan besi kerangka tiang telah didirikan semuanya.

Kini, minggu kedua kerja pembinaan fasa ke 2 Masjid Uthmani.