Jumaat, 18 Jun 2010

Plan Lantai Masjid Uthmani

Masjid Uthmani.... Akan Masukkan Pasir Dan Buat Lantai

Sabtu - 5 Rejab 1431 bersamaan 19 Jun 2010

Pembinaan kerangka [ bing ] atas selesai. Ruangan kosong tanpa bing ialah ruangan mihrab. Didepan mihrab ini akan dibina laluan dan tempat ambil wudhu. Dikiri dan kanan mihrab akan dibina bilik. . Semua ini akan di bina dalam fasa akan datang. Diharap dana pembinaan akan dianugerah Allah dan diharap pembinaan seterusnya akan dapat dilakukan pada Syawal nanti. Bererti dalam masa tiga bulan [ Rejab, Syaaban dan Ramadhan ] ini usaha mencari dana perlu dilipat gandakan. Itulah... Masjid Uthmani Mohon Bantuan Fi Sabilil Lah dari para dermawan.

.
Setelah kerja-kerja pembinaan kerangka [ bing ] atas selesai maka urusan pembinaan tertumpu kepada 2 perkara iaitu:
[ 1 ] Memasukkan pasir kedalam tapak seluas 3750 kaki pesegi dan
[ 2 ] Membina lantai simen diruangan solat.
.
Harapnya dana untuk kedua-dua perkara itu akan dikurniakan Allah. Jangkaan masa untuk memasukkan pasir akan selesai sebelum Ramadhan dan untuk pembinaan lantai akan dibuat pada bulan Syawal nanti.
.
Jika kurniaan Allah dengan dana yang mencukupi maka kerja fasa ketiga akan di lakukan untuk menggali tapak binaan masjid seterusnya.

Rabu, 16 Jun 2010

Masjid Uthmani....Fasa Kedua Kos Mencecah RM 30 ribu

Bangsal pekerja ini akan rehat 3 bulan; Rejab, Syaaban dan Ramadhan....insyaAllah selepas Eid-ul-Fitri kerja pembinaan fasa ketiga disambung






Dari arah belakang ....


Sebelah kanan / kiri mihrab yang akan dibina ruangan bilik
seluas 20 kaki kehadapan

Ruangan solat seluas 3000 kaki yang akan dimasukkan

pasir sebagai asas lantai

Khamis - 4 Rejab 1431 bersamaan 17 Jun 2010.


Setelah 7 minggu, hari ini pembayaran gaji yang terakhir maka pembinaan Masjid Uthmani fasa kedua hampir berakhir. Tinggal lagi untuk menyempurnakan fasa kedua ini ialah kerja-kerja memasukkan pasir kedalam ruangan solat berkeluasan 3000 kaki di bangunan induk masjid. Seterusnya diakhri dengan pembinaan lantai.


Atau kerja-kerja memasukkan pasir hingga pembinaan lantai itu di masukkan ke fasa ketiga. Kos semua untuk pembinaan lantai bukan sikt belanjanya. Anggaran pasir sebanyak sekurang-kurang 100 lori diperlukan.


Kemudian, lantai memerlukan simen yang telah dibancuh dengan lori buyung ... Berapa lori diperlukan entahlah...

Selasa, 15 Jun 2010

Masjid Uthmani...mengakhiri pembinaan di fasa kedua

Rabu - 3 Rejab 1431 bersamaan 16 Jun 2010

Dari salah satu sudut dalam Masjid Uthmani kelihatan Darul Ulum Al-Muhammadiah. Kelihatan tiang Masjid Uthmani berukuran 16 x 16 inci dan kerangka atas yang baru selesai dibuang kotak tapi satu 'kayu T' masih melekat bagi membantu berat kerangka dari kemalangan yang tidak diingini.Jiran Masjid Uthmani ..... Madrasah Tahfiz Nadhah Islahiah [ MTNI ] sedang dalam persiapan terakhir untuk 'membuka cahaya wahyu'. Hanya mereka yang mengerti saja yang bersyukur akan anugerah ini kepada Kampung Kolam dan Islam khususnya. "Kampung kita tanggungjawab kita dan agama kita tanggungjawab kita". Kita sama-sama 'BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN' demi Islam tanpa sebarang kepentingan dunia. InsyaAllah
Suasana yang segar nyaman ..... Dari sudut kiri bahagian depan Masjid Uthmani kelihatan MTNI
Hari ini kotak ini di konkrit.... ruangan terakhir yang mengakhiri pembinaan fasa kedua. Selepas ini tertumpu kepada kerja memasukkan pasir. Selepas masukkan pasir.... pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan nanti kerja pembinaan berhenti rehat untuk mencari dana bagi pembinaan fasa ketiga...insyaAllah. InsyaAllah selepas Eid-ul-Fitri nanti pembinaan fasa ketiga akan diteruskan.
Tempat kosong [ tak berumput ] itu adalah tempat berdiri imam solat waktu solat. Dalam pembinaan fasa ketiga nanti dihadapan ruangan imam akan dibina seluas 20 kaki lagi untuk ruangan laluan antara bilik sebelah kiri dan kanan ruangan mihrab serta dalam ruangan seluas 20 kaki tersebut terdapat ruangan untuk mengambil wudhu.

BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN
Kerja-kerja memasukkan pasir diruangan solat akan di lakukan selepas kerja pembinaan kerangka siap dibina dan selepas pembersihan ruangan solat tersebut dari sisa-sisa paku. Banyak paku-paku yang menyusahkan lori nanti.










Rabu, 9 Jun 2010

Hari Pembayaran Gaji

Sebagaimana minggu-minggu yang lalu, hari ini adalah hari akhir kerja bagi kerja-kerja pembinaan. Pihak pengurusan Masjid Uthmani hari ini mengeluarkan gaji kali keenam sejak pembinaan berjumlah RM 1,065 dikeluarkan.
.
Gaji tiap seorang pekerja berbeza. Ada yang berjumlah RM 65.00 seorang dan ada yang RM 55 dan ada yang RM 45. Kalau seorang pekerja bekerja penuh enam hari seminggu [kecuali hari Jumaat ] bererti kalau gaji harian RM 65 maka minggu kerja tersebut berjumlah RM 390.
.
Kadang-kadang disebabkan perkara penting yang tak dapat dielakkan mereka cuti. Kadang-kala berlaku sebagaimana minggu ini, pada hari Sabtu lalu mereka semua cuti. Bererti mereka kerja hanya lima hari saja minggu ini.
.
Demi kebajikan, pada setiap hari Khamis saya bukan saja bayar gaji, tetapi saya juga beri bonus dengan sedikit tambahan dari gaji untuk gembirakan pekerja. Dapatlah mereka menjamu selera sesama mereka.
.
Urusan masukkan pasir ditapak ruangan solat belum dapat dilaksanakan kerana keadaan basah di Kelantan. Bila hujan pada malam hari maka kerja mengambil tanah di bukit tergendala. Lori tak dapat masuk untuk mengangkut tanah kerana keadaan licin di tapak [ di bukit ] tempat tanah di ambil. Kita tunggu keadaan mengizinkan. Insyaallah.
.
Kepada setia penderma yang mengambil peluang berkebajikan saya hanya mengharapkan balasan dari Allah untuk mereke semua. Adatnya saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada setiap penderma.
.
Wassalam.

Khamis, 3 Jun 2010

Hampir Mengakhiri Fasa Kedua

Ruangan penjuru kanan dibahagian dalam Masjid Uthmani. Kelihatan benteng [ bing ] setinggi 2 kaki yang perlu diisi dengan pasir untuk persiapan lantai [ ruangan solat ] seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang.
Saya bersama Tuan Haji Ibrahim Saman, Pengerusi Masjid Perpaduan Ummah Kampung Kolam yang menziarahi tapak pembinaan
Masjid Uthmani

Gambar ini salah satu yang akan dicetak untuk 'pemplet' bagi tujuan 'RAYUAN DERMA DAN SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID UTHMANI'
Dari jarak jauh...16 batang tiang yang dibina.... Syukur, tepat sebagaimana yang dirancang, pada bulan Jun tiang 16 batang siap...

Hari ini, pihak pengurusan seperti hari-hari yang lalu, mengeluarkan dana untuk pembayaran gaji untuk pekerja pembinaan Masjid Uthmani seramai empat orang. Minggu ini jumlah RM 1,240 dikeluarkan.
InsyaAllah mulai minggu depan 6 Jun hingga10 Jun untuk jadual pembinaan kerangk atas sebagaimana yang dapat dilihat dalam gambar pada tiang sebalah kiri diatas