Selasa, 13 September 2011

Sahabat Imarah MASJID UTHMANI


" DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI "


MAKLUMAN PEMBINAAN MASJDI UTHMANI.... KERTAS berukuran A4 ini mungkin berada ditangan tuan / puan. Terima kasih kerana sudi melayari http://www.masjiduthmani.blogspot.com/



Assalamu 'alaikum warah matulLAH

Kepada semua saudara saya se'aqidah dan sematlamat. Saya ucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang mengunjungi laman MASJID UTHMANI ini.

Adalah diharapkan kepada Allah SWT, cara ini adlah salah satu pendekatan untuk mendapat dan menambahkan dana pembinaan MASJID UTHMANI.

Matlamat yang besar, ingin bina sebuah masjid yang akan memakan kos bernilai RM ratusan ribu tidak akan tercapai kecuali dengan rahmat Allah SWT jua.

Tuan / puan, rahmat Allah SWT itu muncul dan melalui ikut hati tuan / puan. Dana yang tuan / puan ...INFAQ adalah rahmat dari Allah untuk pembinaan Masjid Uthmani.

Bahan diatas kertas A4 diatas adalah gambar yang saya sering tunjukkan kepada sesiapa yang saya berkenalan untuk memaklumkan TERKINI : Pembinaan Masjid Uthmani.


NO. AKAUN "MASJID UTHMANI"



RHB : 2-53025-0000563-0


CIMB : 0301-0004030-20-5

Rabu, 17 Ogos 2011

MASJID UTHMANI PERLUKAN DANA PEMBINAAN

" DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI "

PERMOHONAN DAN RAYUAN

Yang utamanya saya memohon dan merayu kepada Allah SWT.


AKAUN MASJID UTHMANI:


RHB : 2 - 53025 - 0000563 - 0


atau


CIMB : 0301 - 0004030 - 20 -5




Permohonan dari yang lemah kepada yang kuat, dari yang dibawah kepada yang diatas.....dari yang memerlukan kepada yang boleh mampu memenuhi keperluan.... Dengan izin Allah.

Kepada saudara ku se'aqidah... inilah peluang untuk kita berkebajikan. Saya mewakafkan tanah. Tuan / Puan pula membantu dengan doa, pandangan, harapan dan dana pembinaan. Peluang kebajikan terbuka luas.




Untuk dihayati bersama sempena Ramadhan al-Mubarak


Ayat 245 Surat al-Baqarah yang bermaksud: " Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik [ menafqahkan hartanta dijalan Allah ], maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan melipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan rezeki dan kepadaNya kamu dikembalikan"




Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani

016-986 4599

Face Book : [1] Ustaz Fikri Kelantani

[2] Masjid Uthmani

[3] Fikri Alkulami


Ruangan solat seluas 3000 kaki persegi yang telah dibina.


Saya berdiri membelakangi kerangka asas Masjid Uthmani



Gambar diambil dari dalam kawasan Sekolah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah

Bersempadan dengan Darul Ulum Al-Muhammadiah [ atas ]dan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah [ bawah ]

Bersama sahabat Hj Suhardi yang menziarahi tapak masjid

Anak-anak pemberi semangat:
Ahmad Fathi Rabbani [ 8 tahun ] dan Ainul Fatihah Mujahidah [ 5 tahun ]






Pelajar-pelajar Darul Ulum Al-Muhammadiah bermain bola di berhampiran tapak pembinaan Masjid Uthmani
































Sabtu, 16 Julai 2011

Arah Qiblat Masjid Uthmani


" DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI "


Perhatian pada ayat dibawah sekali [ Ayat 245 Surah al-Baqarah ] yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG MEMINJAMI ALLAH DENGAN PINJAMAN YANG BAIK MAKA ALLAH MELIPAT GANDAKAN GANTI KEPADANYA DENGAN BANYAK. ALLAH MENAHAN DAN MELAPANGKAN ( REZEQI ) DAN KEPADANYA KAMU DIKEMBALIKAN"




Kerangka Masjid Uthmani yang kelihatan dengan keluasan 50 x 60 kaki persegi diruangan solat

Saya berdiri membelakangi MASJID UTHMANI. Berwarna merah dibelakang pula ialah Darul Ulum Al-Muhammadiah, sebuah sekolah dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan.

Nombor akaun disertakan untuk memudahkan saudaraku muslimin dan muslimat menginfaq dijalan Allah....insyaAllah



Arah Qiblat boleh disemak. Tepatkah kedudukan qiblat dengan ka'abah. Jika betul kedudukan qiblat dengan ka'abah maka betullah solat kita. Masjid sebagai tempat solat menjadi keutamaan untuk disemak kedudukan qiblat. Apatah lagi masjid yang dalam program pembinaan yang belum selesai ini, Masjid Uthmani Kampung Kolam.



Matahari Atas Kaabah. Panduan berasaskan kelendar yang ditetap dan diluluskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.


Saya mengambil peluang yang baik ini. Ketika menentukan arah qiblat pada Disember 2007 dulu sewaktu menentukan tapak Masjid Uthmani araj qiblat dibuat dengan menggunakan alat moden. Telah ada keyakinan bahawa kerja itu betul dan tepat. Kesempatan terbaik pada hari ini sepertimana yang di isytiharkan hendaklah dimanfaatkan.


Saya, Pengerusi Masjid Uthmani, berdiri di tapak mihrab Masjid Uthmani membelakang qiblat...Lihat bayang dan cahaya matahari yang jelas. Ketika ini di Mekah, baru tergelincir matahari masuk waktu zohor. Di Kelantan baru lepas asar [ 4:44 petang ] ...sekarang 5: 28 petang bersamaan jam 12:28 di Mekah.



Matahari berada di sebelah Barat .... betul arah qiblat. Diantara dua tiang itu adalah mihrab Masjid Uthmani.





Pengerusi Masjid Uthmani berdiri di mihrab Masjid Uthmani.....berdiri t-shirt kuning sebelah kanan Ahmad Fathi Rabbani Bin Fikri.



Kedudukan tiang sebelah kiri mihrab dan bayangnya menyamai tiang bahagian belakang Masjid Uthmani pada jam 5:28 petang. Bangunan berwarna dibelakang ialah Sekolah Menengah Arab Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kolam. Sebuah sekolah agama dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan.



Keadaan bayang diatas pasir [ lantai ] Masjid Uthmani yang jelas pada waktu itu 12:28 di Mekah menyamai jam 5:28 petang waktu tempatan. Dengan kedudukan begini, meyakinkan bahawa keputusan 4 tahun lalu menentukan arah qiblat adalah benar betul.





Perbezaan antara gambar diatas dan dibawah ini ialah kekuatan silau cahaya matahari. Semasa mengambil gambar ini saya berada ditempat yang sama. Cuma gambar atas kurang silau cahaya dan dibawah banyak silau cahaya. Menunjukkan tepat arah qiblat Masjid Uthmani.



Kebiasaannya, waktu petang cuaca mendung yang akhirnya hujan. Hari ini cuaca terang...berkilau terangnya. Suatu kurniaan Allah SWT. Senang hari, tanpa syak boleh melihat cahaya matahari dengan terang.



Bawah gambar ialah lalang yang kuning selepas diracun. Sehingga kini tanah tapak Masjid Uthmani seluas 3 ekar belum dipagar. Ketiadaan dana menjadikan keadaan terbiar begini. Tak mengapalah, yang pentingnya dana untuk pembinaan masjid diperlukan. Semuanya mengharapkan bantuan saudara se'aqidah seagama muslimin muslimat.



Disini saya sertakan nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI.



RHB : 2 - 53025 - 0000563 - 0.



atau di



CIMB: 0301 - 0004030 - 20 - 5.



Tiga batang tiang ini ialah disebelah kanan ruangan solat Masjid Uthmani. Kilai dibahagian penjuru sebelah kiri ialah kedudukan matahari. Bayang hanya satu dibelah kanan



Saya sengaja berdiri untuk merakamkan bayang saya dan tiang masjid. Hati tidak berbelah bagi lagi bahawa Masjid Uthmani sah betul qiblatnya


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432

DENGAN HATI YANG


AMAT GEMBIRA
UNTUK BERIBADAH, BERINFAQ, BERJUANG MEMBERSIHKAN DIRI


DEMI MENCAPAI KEREDHAANNYA......


AMIN













































Isnin, 2 Mei 2011

MASJID UTHMANI....MAKLUMAN DAN PERMOHONAN

SURAT TERBUKA KEPADA 'HAMBA ALLAH'

MEMANDANGKAN kepada :
[1] tergendalanya program pembinaan MASJID UTHMANI
dan
[2] anugerah ICT kepada hambaNya, maka...

...saya, selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam bersama AJK dan antara ahli keluarga membuat keputusan untuk memanfaatkah nikmat ICT dengan mengutus e-mail kepada 'Hamba Allah'.

Strategi "Utus e-mail kepada hamba Allah" adalah untuk:
[1] MEMAKLUM
dan
[2] MEMOHON.....MERAYU
..... untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan Masjid Uthmani.

Kepada yang sengaja melayari laman web Masjid Uthmani ini setelah menerima e-mail dari saya atau secara kebetulan kerana sentiasa mencari maklumat, maka setelah memahami maklumat yang dipaparkan sekadar yang mampu, anggaplah ini adalah suatu anugerah Allah SWT. "Ini termasuk kurnia dari Tuhanku untuk mengujiku....." An-Naml: 40

Saya memohon dan merayu, rancanglah kebajikan untuk memakmurkan bumi Allah SWT dengan bersama membina masjid bagi memanfaatkan program keakhiratan ini.

Sememangnya setiap orang-orang beriman merancang kebajikan cuma belum sampai lagi ke akaun Masjid Uthmani kerana mungkin belum sampai maklumat. Kini telah sampai maklumatnya.

Suatu penghayatan bersama, "Dengan Nama Allah SWT". Kita kadang-kadang 'alah bisa' kerana 'terlalu biasa' dengan ketenteraman, keamanan, keselesaan, keselamatan, ketenangan dan limpahan kekayaan harta ditanah air kita ini.

Konsep ' ta'wuun ' atau 'tolong menolong' atas dasar taqwa, sebenarnya adalah membantu kepada yang memerlukan tanpa menunggu diminta-minta apatah rayu-rayuan khususnya untuk membina masjid, 'rumah Allah SWT' adalah suatu bukti dari hati yang hidup dan adanya 'adzkr' ...dalam kehidupan ini serta sentiasa berhati-hati dengan nikmat keselesaan, ketenteraman, keamanan, ketenangan dan limpahan kekayaan yang dimiliki. InsyaAllah.

Dalam perjalanan menuju RABBI, untuk membina Masjid Uthmani ini, saya telah menyelesaikan tugas dengan memaklumkan kepada saudara-saudara saya dijalan Allah SWT. Rayuan saya, rancanglah ke pembinaan Masjid Uthmani disamping ketempat lain, insyaAllah.

Telah saya wakafkan tanah hak milik saya. Anda pula mengeluarkan dana. Saya bukan jutawan, bukan tokoh korporat, ...tiada dana RM untuk pembinaan 'rumah Allah' , tapi ada cita-cita, impian serta harapan....nasib baik ada tanah sekangkang kera, tak payah bersusah payah untuk membelinya. Tidak mampu saya mengeluarkan dana RM sendirian dengan nilaian ratusan ribu RM untuk bina masjid tapi saya punya mungkin yang anda tidak punya. Kita satukan anugerah Allah SWT. InsyaAllah.

Kita mempunyai maklumat yang sama.... "Allah SWT Matlamat Kita"

Asasnya, "kepercayaan"..."keyakinan" ..."boleh diharap atau tidak" ....atau persoalan ..."benarkah ?" ....atau "suatu perancangan sulit mencari kepentingan peribadi" dalam dunia yang dipenuhi fitnah ini.

Saya tidak mampu mengeluar dan mengisytiharkan suatu jaminan disini untuk membuahkan suatu keyakinan, kepercayaan kepada saya dan kami AJK serta ahli keluarga saya. Setiap orang punya perbezaan apa faktor penarik atau pemangkin kepercayaan dan keyakinannya terhadap sesuatu.

Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar Allah SWT menjaga diri dan hati saya agar beramanah dan beriman hingga ke akhir hayat saya. Program kebajikan untuk agama tercinta ini adalah program masa depan akhirat saya, kami, kita dan anda sekelian. Amin.

Sesungguhnya, persoalan keyakinan dan kepercayaan adalah persoalan hati, jiwa dan kerohanian seseorang. Saya berpegang teguh dan yakin tidak berbelah bagi kepada seruan Allah: "Maka apabila, "AZAMta....maka " TAWAKKAL 'ala lLAH" / " [ ...apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah ". Surah Ali-Imran: 159.

Dengan sampainya maklumat ini kepada 'hambaNya' , suatu nikmat .....kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana tanpa maklumat ini tidak mungkin muncul nikmat seterusnya kerana maklumat menjadi sebab....dari penyebab segalanya adalah Allah SWT jua.

KepadaNya berserah dan memohon. Merayu dan merintih, "hambaMu mahu bina rumahMu ya Allah....tolonglah, kerana Engkaulah sebaik-baik Pemberi Pertolongan". Amin.

Terima kasih ..."JazakumulLahu khairan jaza' "
Sekian. Wassalam.


Jumaat, 1 April 2011

SB [Silaturrahim Book] dan AB [Akhirat Book]...bantu Masjid Uthmani

ICT.....Nikmat ALLAH SWT Nikmat ALLAH SWT kepada hambaNya sangat banyak, tidak terhingga. Kecanggihan ICT dalam dunia hari ini banyak membantu urusan saya. . Syukur kepada ALLAH SWT. Namun perlu kita ceriakan diri dan minda kita bahawa hakikatnya, ini adalah terlalu amat sedikit, berbanding dengan lautan ilmu ALLAH SWT. yang tidak terhingga. . Moga-moga dengan menggunakan nikmat ALLAH SWT. berserta suatu kesedaran kedhaifan hamba, ALLAH SWT akan menambahkan nikmatnya. Khusus pada saya yang menggunakan nikmat ini bagi memohon tambahan nikmat yang seterusnya. . Terkini, saya menggunakan medan FACEBOOK untuk mengiklan program saya pembinaan MASJID UTHMANI. Menumpang FB saya membuat tema sendiri, 'Rakan FB adalah Rakan AB. ...Yang bermaksud Rakan AB ialah Rakan Akhirat. . Dibawah ini saya paparkan maklumat, berupa gambar dan keterangan untuk difahami oleh sesiapa yang mungkin sampai kepada mereka bahan-bahan ini sebagai perantaran salah satu pendekatan untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan MASJID UTHMANI seterusnya. Insya-ALLAH. Gambar diatas berukuran A4 ialah pelan lantai tapak MASJID UTHMANI yang berkeluasan keseluruhannya 7000 kaki persegi. Ruangan solat dengan lebar 50 kaki persegi dan panjang 60 kaki persegi menjadikan 3000 kaki persegi.

Gambar 4 batang tiang di ruangan solat. Keselurunan binaan tiang yang mengelilingi ruang solat sebanyak 16 batang.


Dipetak atas ialah bangunan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah manakala di petak bawah itu ialah bangunan Sekolah menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak bersempadan dengan tapak pembinaan MASJID UTHMANI.



Gambar diatas ialah keterangan yang lebih jelas tentang kedudukan terkini pembinaan masjid. Ruangan berwarna di pelan pembinaan ini ialah ruangan solat dengan keluasan 3000 kaki persegi yang telah dibina. Juga tiang sebanyak 16 batang telah di bina.


Dibahagian tepi kelihatan nombor dari 1 hingga 8 ialah bilangan bilik di struktur sekeliling Masjid Uthmani yang juga sebahagian dari masjid. Tujuan pembinaan bilik ini ialah untuk:

[1] ketetamuan.

[2] program-program yang melibatkan pengurusan dan pengasingan

[3] bilik untuk mu'takif yang 'beri'tikaf' dibukan Ramadhan.

[4] bilik untuk mereka yang ingin tumpukan taqarrub kepada Allah di Masjid Uthmani

.............atau untuk apa kegunaan yang bersesuaian dengan sebuah masjid.


Kertas diatas diberi tajuk "RAYUAN SUMBANGAN FI SABILILLAH" yang boleh dihulurkan kepada sesiapa kerana terdapat makumat dan persediaan ringkas untuk penderma.

MASJID KAMIL HASAN, Mukim Pendek, Salor. Masjid yang menjadi model Masjid Uthmani. Pelan masjid ini dijadikan pelan Masjid Uthmani dengan ubah suai pada bilik-bilik. Masjid Kamil Hasan terdapat empat bilik manakala Masjid Uthmani terdapat lapan bilik.


Dengan maklumat ringkas ini boleh membantu tuan / puan...muslimin / muslimin... tentang program MASJID UTHMANI.


Sekian. Terima kasih.