Isnin, 2 Mei 2011

MASJID UTHMANI....MAKLUMAN DAN PERMOHONAN

SURAT TERBUKA KEPADA 'HAMBA ALLAH'

MEMANDANGKAN kepada :
[1] tergendalanya program pembinaan MASJID UTHMANI
dan
[2] anugerah ICT kepada hambaNya, maka...

...saya, selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam bersama AJK dan antara ahli keluarga membuat keputusan untuk memanfaatkah nikmat ICT dengan mengutus e-mail kepada 'Hamba Allah'.

Strategi "Utus e-mail kepada hamba Allah" adalah untuk:
[1] MEMAKLUM
dan
[2] MEMOHON.....MERAYU
..... untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan Masjid Uthmani.

Kepada yang sengaja melayari laman web Masjid Uthmani ini setelah menerima e-mail dari saya atau secara kebetulan kerana sentiasa mencari maklumat, maka setelah memahami maklumat yang dipaparkan sekadar yang mampu, anggaplah ini adalah suatu anugerah Allah SWT. "Ini termasuk kurnia dari Tuhanku untuk mengujiku....." An-Naml: 40

Saya memohon dan merayu, rancanglah kebajikan untuk memakmurkan bumi Allah SWT dengan bersama membina masjid bagi memanfaatkan program keakhiratan ini.

Sememangnya setiap orang-orang beriman merancang kebajikan cuma belum sampai lagi ke akaun Masjid Uthmani kerana mungkin belum sampai maklumat. Kini telah sampai maklumatnya.

Suatu penghayatan bersama, "Dengan Nama Allah SWT". Kita kadang-kadang 'alah bisa' kerana 'terlalu biasa' dengan ketenteraman, keamanan, keselesaan, keselamatan, ketenangan dan limpahan kekayaan harta ditanah air kita ini.

Konsep ' ta'wuun ' atau 'tolong menolong' atas dasar taqwa, sebenarnya adalah membantu kepada yang memerlukan tanpa menunggu diminta-minta apatah rayu-rayuan khususnya untuk membina masjid, 'rumah Allah SWT' adalah suatu bukti dari hati yang hidup dan adanya 'adzkr' ...dalam kehidupan ini serta sentiasa berhati-hati dengan nikmat keselesaan, ketenteraman, keamanan, ketenangan dan limpahan kekayaan yang dimiliki. InsyaAllah.

Dalam perjalanan menuju RABBI, untuk membina Masjid Uthmani ini, saya telah menyelesaikan tugas dengan memaklumkan kepada saudara-saudara saya dijalan Allah SWT. Rayuan saya, rancanglah ke pembinaan Masjid Uthmani disamping ketempat lain, insyaAllah.

Telah saya wakafkan tanah hak milik saya. Anda pula mengeluarkan dana. Saya bukan jutawan, bukan tokoh korporat, ...tiada dana RM untuk pembinaan 'rumah Allah' , tapi ada cita-cita, impian serta harapan....nasib baik ada tanah sekangkang kera, tak payah bersusah payah untuk membelinya. Tidak mampu saya mengeluarkan dana RM sendirian dengan nilaian ratusan ribu RM untuk bina masjid tapi saya punya mungkin yang anda tidak punya. Kita satukan anugerah Allah SWT. InsyaAllah.

Kita mempunyai maklumat yang sama.... "Allah SWT Matlamat Kita"

Asasnya, "kepercayaan"..."keyakinan" ..."boleh diharap atau tidak" ....atau persoalan ..."benarkah ?" ....atau "suatu perancangan sulit mencari kepentingan peribadi" dalam dunia yang dipenuhi fitnah ini.

Saya tidak mampu mengeluar dan mengisytiharkan suatu jaminan disini untuk membuahkan suatu keyakinan, kepercayaan kepada saya dan kami AJK serta ahli keluarga saya. Setiap orang punya perbezaan apa faktor penarik atau pemangkin kepercayaan dan keyakinannya terhadap sesuatu.

Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan agar Allah SWT menjaga diri dan hati saya agar beramanah dan beriman hingga ke akhir hayat saya. Program kebajikan untuk agama tercinta ini adalah program masa depan akhirat saya, kami, kita dan anda sekelian. Amin.

Sesungguhnya, persoalan keyakinan dan kepercayaan adalah persoalan hati, jiwa dan kerohanian seseorang. Saya berpegang teguh dan yakin tidak berbelah bagi kepada seruan Allah: "Maka apabila, "AZAMta....maka " TAWAKKAL 'ala lLAH" / " [ ...apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah ". Surah Ali-Imran: 159.

Dengan sampainya maklumat ini kepada 'hambaNya' , suatu nikmat .....kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana tanpa maklumat ini tidak mungkin muncul nikmat seterusnya kerana maklumat menjadi sebab....dari penyebab segalanya adalah Allah SWT jua.

KepadaNya berserah dan memohon. Merayu dan merintih, "hambaMu mahu bina rumahMu ya Allah....tolonglah, kerana Engkaulah sebaik-baik Pemberi Pertolongan". Amin.

Terima kasih ..."JazakumulLahu khairan jaza' "
Sekian. Wassalam.