Sabtu, 16 Julai 2011

Arah Qiblat Masjid Uthmani


" DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI "


Perhatian pada ayat dibawah sekali [ Ayat 245 Surah al-Baqarah ] yang bermaksud:

"BARANGSIAPA YANG MEMINJAMI ALLAH DENGAN PINJAMAN YANG BAIK MAKA ALLAH MELIPAT GANDAKAN GANTI KEPADANYA DENGAN BANYAK. ALLAH MENAHAN DAN MELAPANGKAN ( REZEQI ) DAN KEPADANYA KAMU DIKEMBALIKAN"




Kerangka Masjid Uthmani yang kelihatan dengan keluasan 50 x 60 kaki persegi diruangan solat

Saya berdiri membelakangi MASJID UTHMANI. Berwarna merah dibelakang pula ialah Darul Ulum Al-Muhammadiah, sebuah sekolah dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan.

Nombor akaun disertakan untuk memudahkan saudaraku muslimin dan muslimat menginfaq dijalan Allah....insyaAllah



Arah Qiblat boleh disemak. Tepatkah kedudukan qiblat dengan ka'abah. Jika betul kedudukan qiblat dengan ka'abah maka betullah solat kita. Masjid sebagai tempat solat menjadi keutamaan untuk disemak kedudukan qiblat. Apatah lagi masjid yang dalam program pembinaan yang belum selesai ini, Masjid Uthmani Kampung Kolam.



Matahari Atas Kaabah. Panduan berasaskan kelendar yang ditetap dan diluluskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.


Saya mengambil peluang yang baik ini. Ketika menentukan arah qiblat pada Disember 2007 dulu sewaktu menentukan tapak Masjid Uthmani araj qiblat dibuat dengan menggunakan alat moden. Telah ada keyakinan bahawa kerja itu betul dan tepat. Kesempatan terbaik pada hari ini sepertimana yang di isytiharkan hendaklah dimanfaatkan.


Saya, Pengerusi Masjid Uthmani, berdiri di tapak mihrab Masjid Uthmani membelakang qiblat...Lihat bayang dan cahaya matahari yang jelas. Ketika ini di Mekah, baru tergelincir matahari masuk waktu zohor. Di Kelantan baru lepas asar [ 4:44 petang ] ...sekarang 5: 28 petang bersamaan jam 12:28 di Mekah.



Matahari berada di sebelah Barat .... betul arah qiblat. Diantara dua tiang itu adalah mihrab Masjid Uthmani.





Pengerusi Masjid Uthmani berdiri di mihrab Masjid Uthmani.....berdiri t-shirt kuning sebelah kanan Ahmad Fathi Rabbani Bin Fikri.



Kedudukan tiang sebelah kiri mihrab dan bayangnya menyamai tiang bahagian belakang Masjid Uthmani pada jam 5:28 petang. Bangunan berwarna dibelakang ialah Sekolah Menengah Arab Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kolam. Sebuah sekolah agama dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan.



Keadaan bayang diatas pasir [ lantai ] Masjid Uthmani yang jelas pada waktu itu 12:28 di Mekah menyamai jam 5:28 petang waktu tempatan. Dengan kedudukan begini, meyakinkan bahawa keputusan 4 tahun lalu menentukan arah qiblat adalah benar betul.





Perbezaan antara gambar diatas dan dibawah ini ialah kekuatan silau cahaya matahari. Semasa mengambil gambar ini saya berada ditempat yang sama. Cuma gambar atas kurang silau cahaya dan dibawah banyak silau cahaya. Menunjukkan tepat arah qiblat Masjid Uthmani.



Kebiasaannya, waktu petang cuaca mendung yang akhirnya hujan. Hari ini cuaca terang...berkilau terangnya. Suatu kurniaan Allah SWT. Senang hari, tanpa syak boleh melihat cahaya matahari dengan terang.



Bawah gambar ialah lalang yang kuning selepas diracun. Sehingga kini tanah tapak Masjid Uthmani seluas 3 ekar belum dipagar. Ketiadaan dana menjadikan keadaan terbiar begini. Tak mengapalah, yang pentingnya dana untuk pembinaan masjid diperlukan. Semuanya mengharapkan bantuan saudara se'aqidah seagama muslimin muslimat.



Disini saya sertakan nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI.



RHB : 2 - 53025 - 0000563 - 0.



atau di



CIMB: 0301 - 0004030 - 20 - 5.



Tiga batang tiang ini ialah disebelah kanan ruangan solat Masjid Uthmani. Kilai dibahagian penjuru sebelah kiri ialah kedudukan matahari. Bayang hanya satu dibelah kanan



Saya sengaja berdiri untuk merakamkan bayang saya dan tiang masjid. Hati tidak berbelah bagi lagi bahawa Masjid Uthmani sah betul qiblatnya


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432

DENGAN HATI YANG


AMAT GEMBIRA
UNTUK BERIBADAH, BERINFAQ, BERJUANG MEMBERSIHKAN DIRI


DEMI MENCAPAI KEREDHAANNYA......


AMIN