Sabtu, 20 Oktober 2012

HAJI 1433 / 2012


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
S E L A M A T   M E N U N A I K A N    H A J I  
1433 / 2012

 

AL-HAMDULILLAH, kesyukuran yang sesempurna mungkin kehadrat ALLAH SWT yang berfirman, bermaksud : " Dan serulah kepada umat manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kerumah Tuhan mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang datang dari berbagai jalan dan segenap tempat yang jauh " 

Selawat dan salam kehadrat junjungan Rasulullah SAW yang dengan rahmat-Nya baginda menunjukkan  kesempurnaan manasik haji kepada umat akhir zaman ini dan juga  kepada para sahabat R.hu anhum ajma'ien dan kepada para pengikut baginda yang memperjuangkan kesucian al-Islam hingga ke akhir zaman. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Dan ALLAH meWAJIB kan manusia mengerjakan ibadat HAJI dengan mengunjungi baitulLAH iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang [ kufur engkar kewajipan HAJI ] maka sesungguhnya ALLAH Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun )  dari makhluk sekelian alam " Ayat 79 Surah Aali Imran.

Saya selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani, " Dengan nama Allah SWT " mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI 1433 bagi umat Islam yang kini berada di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah dengan doa dan harapan seperti anda semua bakal haji.... haji MABRUUR "

Seorang hamba hanya tahu melakukan apa yang diperintahkan oleh Tuannya, ALLAH SWT.  Begitulah kerja-kerja haji. Dari kefahaman yang jelas tentang matlamat hidup dan pengabdian.  Bergerak kepada pengukuhan hati dengan niat mencari redhaNYA.   Pengumpulan harta berupa RM yang merupakan pengorbanan tertinggi kerana menghabiskan harta dalam keadaan penuh sedar bahawa harta itu boleh juga untuk digunakan kepada selain dari ke Mekah.   Itulah pengorbanan.

Selamat  Mengunjungi Padang Arafah

Selamat Menghayati Wukuf

Selamat Menuntut MABRUR Dalam Kehidupan Insan


Terima kasih kerana mengunjungi MASJID UTHMANI  
Dari saudara anda dijalan ALLAH,
FIKRI BIN AWANG PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN 1433

<DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI>

SELAMAT BERRAMADHAN 1433.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan keatas kamu "as-syiam", "berpuasa" sebagaimana difardhukan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".  Maksud Surah Al-Baqarah Ayat 183.

Puasa dan taqwa mempunyai kaitan yang amat erat.  Puasa adalah amalan dan taqwa adalah matlamat. Dengan melakukan amalan berpuasa sebagai salah satu amalan dalam Islam menjadikan seseorang itu bertaqwa.

Puasa, dengan menepati cara dan pengisiannya dalam berpuasa dan semasa berpuasa itu akan tercapai matlamatnya iaitu  "taqwa".  

Saya selaku Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI mengucapkan SELAMAT BERRAMADHAN 1433.  Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menambahkan input ketaqwaan kita kepada Allah SWT.  

SELAMAT BERRAMADHAN khusus kepada Sahabat Imarah MASJID UTHMANI Kampung Kolam  yang mengikutinya seramai  44 orang  dengan harapan jangan lupakan doa untuk pembangunan dan pembinaan MASJID UTHMANI.  InsyaAllah.  Ia adalah pembangunan dan pembinaan diri kita dalam perjalanan menuju Rabbina.

Kita teruskan perjuangan ini dengan suatu sangka yang amat baik kepada Allah SWT.

Perjuangan wajib diteruskan.