Isnin, 18 Ogos 2014

Salam Enam Syawal

Rebutlah selagi peluang masih ada !

Syukur kehadrat ALLAH SWT dengan segala anugerah NYA.  Sudah lama saya tidak bersama anda diruangan ini. Al-HamdulilLAH,hari ini dapat bersama pada Selasa ; 23 Syawal 1435 bererti Syawal akan berakhir tidak lama lagi. Ringkasnya,kepada sesiapa hamba ALLAH  yang belum lagi "puasa enam" ,boleh dan masih berkesempatan lagi. Kecuali menghembuskan nafas malam ini. 30 Syawal ialah pada 26 Ogos pada hari Selasa minggu depan.   "Ooooooo, sudah nak habis Syawal ?" begitulah terkejut atau pura-pura terkejut dengan kepantasan masa yang membawa maksud belum lagi "puasa enam". 

Siapa yang belum lagi berpuasa enam, jika dapat mulai puasa esok hari maka orang itu hebatlah.

InsyaALLAH SWT, puasalah kerana tahun depan 1436 belum tentu kita didunia inilagi ! Juga pada akhiran Syawal  ini saya mengucapkan selamat membuat  persediaan serapi mungkin untuk mengunjungi "Rumah ALLAH SWT" bagi menyempurnakan pengabdian kepada NYA.  

Tidak lupa kepada  yang terasa terkilan kurangnya berINFAQ dibulan Ramadhan yang lalu bolehlah meneruskan sumbangan fi-sabililLAH dengan menghulurkan bantuan kepada  tabung pembinaan MASJID UTHMANI.