Khamis, 22 Januari 2015

Makluman MASJID UTHMANI . . .mohon bantuan

MASJID UTHMANI. . .diasaskan pembinaan pada Disember 2007. Kemudian diikuti fasa kedua pada 2010. Selepas 2010, sehingga ini tiada lagi pembinaan....tergendala. Kenapa tidak meneruskan pembinaan ? . . . semua layak bertanya demikian walaupun secara logiknya telah tahu jawapannya paling mudah . . .masalah DANA. .. Untuk meneruskan ke fasa seterusnya memerlukan sekurangnya RM 100 ribu. Kini, telah menelan kos RM 60 ribu. Keseluruhan kos dianggarkan RM 700 kerana perkiraan mudah perancangan plan seluas 7000 kaki persegi. Mungkin jika diperincikan melebihi kos itu.
MASJID UTHMANI terletak di Kampung Kolam. Alamat lengkap, KAMPUNG KOLAM terletak berhampiran Pekan Melor. Dari sudut sempadan kawasan pilihanraya Kampung Kolam terletak dalam kawasan Parlimen Bachok dan di bawah Dewan Undangan Negeri Jelawat. Alamat surat menyurat ialah, MASJID UTHMANI, KAMPUNG KOLAM, 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN. Dari saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG. PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI. 013-9976499