Jumaat, 30 Oktober 2015

SALAM HIJRAH 1437

HIJRAH BERKEBAJIKAN SAMA-SAMA BINA MASJID UTHMANI


MASJID UTHMANI, seperti anda dan kita semua, kini masuk tahun baru 1437 H. Bulan Muharram sudah masuk kehari ke 17. 

Melihat ke tarikh terasa lewat untuk mengucapkan "selamat menyambut tahun baru 1437 H", namun untuk mengucapkan "selamat berhijrah dari keadaan sekarang ke suatu keadaan yang lebih baik", tidaklah lewat. 

Andainya terlewat tarikh dan hari namun  tuntutan, nasihat dan harapan untuk sama-sama berganjak melangkah berbuat kebaikan dan kebajikan tiada had dan akhirannya. 

Dari kefahaman yang sedemikian, saya mengharapkan anda berkebajikan merancang bersama saya membina dan menyiapkan sebuah "rumah ALLAH SWT" yang tergendala pembinannya sejak 2010. 

Bantulah saya membina MASJID UTHMANI. Ia AMAT MEMERLUKAN BANTUAN.

Disamping itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada hajjah dan haji yang "baru jadi" haji dan hajjah yang selamat tiba ditanah air tercinta setelah bermujahadah untuk bersama membina rukun Islam dalam diri masing-masing.



Sekian. 

Terima kasih