Jumaat, 20 November 2015

GABUNGAN MASJID dan SEKOLAH


"Al-HamduliLLAH", syukur yang tidak terhingga ....... di maklumkan disini, demi kemajuan keagamaan dan kerohanian bersama. 

Saya telah pun me"WAKAF"kan untuk tapak pembinaan MASJID UTHMANI seluas 7000 kaki persegi. 

Terkini saya me"WAKAF"kan sebahagian dari tanah berhampiran iaitu bersebelahan tapak MASJID UTHMANI untuk dua program keagamaan iaitu ; 
 (i)   Seluas 300 depa untuk sebuah SEKOLAH AGAMA DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH ( SMUDUA-M ) KAMPUNG KOLAM.
(ii)      Seluas 40 x 70 kaki untuk pembinaan PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM ( PASTI ) KAMPUNG KOLAM. 

SMUDUAM telah pun siap dibina berikutan mendapat dana dari bantuan Kerajaan Persekutuan dibawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ), bersama Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Yayasan Islam Kelantan. 

Manakala PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM baru diperingkat asas pembinaan. Saya selalu menghubungi hamba ALLAH SWT agar bantu saya bina MASJID UTHMANI. 

MASJID UTHMANI amat memerlukan kos untuk pembinaan seterusnya. Tuan Puan ...Muslimin Muslimat ... saya telah memaklumkan ... Terserah kepada budi bicara, kepercayaan hati anda kepada saya untuk meWAKILkan sebahagian sedikit dari anugerah ALLAH SWT untuk pembinaan MASJID UTHMANI. 

Tentu sekali anda telah berkebajikan cuma mungkin belum untuk MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM. Belum sampai masa. Bantulah saya .... insyaALLAH ... No hp dan nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI telah tertera diatas. 

 Terima kasih
.... maaf ... ini gambar lama ketika umur 40 ... 

 Sekian