Jumaat, 6 Januari 2017

Bicara MASJID UTHMANI 1438 / 2017


Assalamu 'alaikum warahmatuLLAH.

Saudara ku seaqidah dan seperjuangan

Saya rasa  bersalah tidak mengucapkan kepada muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat ;
(1) SELAMAT MENYAMBUT 1438 H 
     "BERSAMA MENGHAYATI HJRAH AR-RASUL               SAW"
(2) SELAMAT MENGINGATI RASULULLAH SAW                "BERSAMA MENGHAYATI SUNNAH AR-RASUL            SAW"
.....sedangkan bulan Muharram bulan awal tahun 1438 telah berlalu dan bulan kelahiran junjungan RasuluLLAH SAW pun baru berlalu.

Perkara ini ada kaitan dengan apa yang saya fahami. Beberapa hari lepas dalam wall FB saya 'USTAZ FIKRI KELANTANI' saya 'menasihati' dan 'menegur' rakan-rakan FB dengan kata-kata ; 'Janganlah bersungguh sangat mengucapkan kata-kata "selamat datang 2017" dan "selamat menyambut 2017" sedangkan kita tidak bersungguh mengucapkan selamat menyambut 1438 yang ada kaitan dengan "HIJRAH AR-RASUL SAW" sedangkan kita dituntut menghayati perjuangan dan pengorbanan RasuluLLAH SAW.

Terima kasih.

Pada hari ini, saya mengambil kesempatan dihari yang baik [ kerana hari-hari adalah baik semuanya ] untuk menyambung usaha saya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dengan adanya usaha membina MASJID UTHMANI.

Justeru, saya mengajak anda bersama membina MASJID UTHMANI. Berilah kepercayaan kepada saya sebagai asas untuk anda mengINFAQ untuk membantu saya membina masjid ini. Tiada kepercayaan sesuatu kebaikan [ keburukan pun demikian ] tidak dapat dilakukan.

Saya 'Dengan nama ALLAH" MOHON kepercayaan dan keyakinan anda
Hasrat saya sebelum mati ingin siapakan masjid ini
Moga-moga saya dijalan ALLAH SWT bersama anda
Kita bertuah masih hidup dan inilah kita terkini

Disini saya sertakan nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI.

RHB
2-53025-0000-563-0

terima kasih keakhiratan