Isnin, 30 Oktober 2023

PALESTINE

PALESTINE, sebuah nama keramat. Ia dikeramatkan oleh ALLAH dalam al-Quran. Baca ayat al-Quran ayat pertama Surah Bani Israel termaktub ayat "masjidil Aqsa" "yang diberkati disekelilingnya". Perlu rujuk bagaimana tafsiran ayat ini untuk mengetahui kekeramatan dan kemuliaan serta keberkatannya yang dianugerahi ALLAH SWT itu. " إن شاء الله "

Kerana kekeramatan itu ia membuahkan kemasyhuran sejak dahulu hingga kini. 

Dalam keadaan ribuan  umur al-Quran diturunkan, dukacita !. Masih ada umat ISLAM yang tidak memahami kekeramatan dan kemuliaan al-Quds. Tidak terkejut, kerana golongan ini, sudah terpesong pegangan mereka dari ajaran al-Quran. Bila mengambil ajaran Barat menjadi pegangan maka dengan sendirinya akan lari dari kebenaran. Sekularisma yang dirangkaikan dengan pluralism, liberalism serta lain2 ISME lagi adalah ajaran Barat yang merosakkan pandangan umat ISLAM. 

Di Malaysia tidak terkecuali !!!


Sabtu, 6 November 2021

memperBAHARUi tekad

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله hari ini tergerak hati untuk buka blog ini setelah lama dilupakan. Lupa blog ini tapi setiap hari up date blog www.fikri-mu.com

Blog ni tak menarik kerana tidak pandai nak masukkan ( up load ) gambar. Di blog www.fikri-mu.com ( word press ) senang up load gambar.

Begitulah keadaan hidup kita, tidak lurus seumpama sebatang pembaris. Apatah lagi setelah usia bertambah, makin berliku !

Kita mesti bersedia dengan tenang dan matang berdepan dengan keadaan itu. Ia bukan masalah sebenar. Masalah sebenarnya ialah penjagaan hati, jiwa dan perasaan kita.




Selasa, 18 Mei 2021

Kita dan PALESTINE

Kita.
Siapa kita ?. Siapa yang boleh menjawab soalan ini.  Orang lain tidak boleh jawab soalan ini. Hanya kita yang boleh menjawabnya dengan tepat ! 

Walau sukar untuk menjawab persoalan "siapa kita" ini, jawapan kita tentang sikap dan pendirian kita dalam sesuatu perkara akan menjelaskan siapa.

Namun perlu diperhatikan juga, jawapan kita tentang suatu isu atau perkara itu pula, kepada siapa kita hendak menjelaskan isu dan perkara itu.

Dalam memperjelaskan sesuatu itu ada prinsip, disiplin dan caranya.  Ia juga ada kait mengait dengan pihak lain.

Prinsipnya, mesej dan matlamat ISLAM perlu disampaikan. Disiplinnya, masalah perlu dielakkan.
Caranya mesti cengan penuh hikmah dan berwawasan.

Begitulah antara kita dan PALESTINE saat ini.

Sabtu, 20 Mac 2021

kita dan kemodenan kini


Kini dikatakan dunia moden. Orang yang paling layak mengerti dan memahami makna moden dan persekitaran yang berkaitan ialah mereka yang telah matang dan berhadapan dengan  secara langsung perubahan.  Lebih tepat ialah jika individu tersebut terlibat secara  langsung dengan penciptaan permodenan.