Selasa, 18 Mei 2021

Kita dan PALESTINE

Kita.
Siapa kita ?. Siapa yang boleh menjawab soalan ini.  Orang lain tidak boleh jawab soalan ini. Hanya kita yang boleh menjawabnya dengan tepat ! 

Walau sukar untuk menjawab persoalan "siapa kita" ini, jawapan kita tentang sikap dan pendirian kita dalam sesuatu perkara akan menjelaskan siapa.

Namun perlu diperhatikan juga, jawapan kita tentang suatu isu atau perkara itu pula, kepada siapa kita hendak menjelaskan isu dan perkara itu.

Dalam memperjelaskan sesuatu itu ada prinsip, disiplin dan caranya.  Ia juga ada kait mengait dengan pihak lain.

Prinsipnya, mesej dan matlamat ISLAM perlu disampaikan. Disiplinnya, masalah perlu dielakkan.
Caranya mesti cengan penuh hikmah dan berwawasan.

Begitulah antara kita dan PALESTINE saat ini.

Sabtu, 20 Mac 2021

kita dan kemodenan kini


Kini dikatakan dunia moden. Orang yang paling layak mengerti dan memahami makna moden dan persekitaran yang berkaitan ialah mereka yang telah matang dan berhadapan dengan  secara langsung perubahan.  Lebih tepat ialah jika individu tersebut terlibat secara  langsung dengan penciptaan permodenan.