Isnin, 30 Oktober 2023

PALESTINE

PALESTINE, sebuah nama keramat. Ia dikeramatkan oleh ALLAH dalam al-Quran. Baca ayat al-Quran ayat pertama Surah Bani Israel termaktub ayat "masjidil Aqsa" "yang diberkati disekelilingnya". Perlu rujuk bagaimana tafsiran ayat ini untuk mengetahui kekeramatan dan kemuliaan serta keberkatannya yang dianugerahi ALLAH SWT itu. " إن شاء الله "

Kerana kekeramatan itu ia membuahkan kemasyhuran sejak dahulu hingga kini. 

Dalam keadaan ribuan  umur al-Quran diturunkan, dukacita !. Masih ada umat ISLAM yang tidak memahami kekeramatan dan kemuliaan al-Quds. Tidak terkejut, kerana golongan ini, sudah terpesong pegangan mereka dari ajaran al-Quran. Bila mengambil ajaran Barat menjadi pegangan maka dengan sendirinya akan lari dari kebenaran. Sekularisma yang dirangkaikan dengan pluralism, liberalism serta lain2 ISME lagi adalah ajaran Barat yang merosakkan pandangan umat ISLAM. 

Di Malaysia tidak terkecuali !!!